Ringkasan

Pusat Pemulihan kami menyediakan pelbagai perkhidmatan pemulihan bagi membantu pesakit kami untuk pulih. Kemudahan kami dilengkapi bagi membantu rawatan pesakit kami seperti untuk fisioterapi, terapi pekerjaan, serta terapi percakapan dan bahasa, antara lainnya. Pelbagai program berasaskan senaman juga dirangka khas bagi memenuhi keperluan individu setiap pesakit kami.

Pusat Pemulihan Bersepadu Pantai mempunyai kumpulan handal yang terdiri daripada lebih 100 ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan, dan ahli terapi percakapan dan bahasa. Kami sangat komited untuk Meneruskan Kemajuan Profesional dan kami menggunakan amalan terbaik bagi menawarkan program pemulihan dan kesejahteraan yang sebaik mungkin kepada para pesakit kami.

Terapi Pekerjaan

Terapi pekerjaan termasuklah:

  • Terapi tangan: Melalui penggunaan modul dan alat ortosis, terapi ini mempertingkatkan julat pergerakan dan kekuatan untuk pesakit yang mengalami retak anggota atas, kecederaan saraf/tendon, kecacatan sejak lahir, dan kecederaan seliuh berulang seperti sindrom terowong karpus, jari picu, dan tendonitis. Bila perlu, kami juga akan melatih pesakit untuk pengubahsuaian aktiviti bagi mengelakkan kecederaan seliuh berulang terjadi lagi. Anduh dan alat ortosis yang dibentuk khas boleh didapati untuk anggota atas dan bawah, serta pendakap farmasi untuk leher dan belakang.
  • Program pemulihan saraf: Program ini terdiri daripada latihan dalam aktiviti anggota atas, keseimbangan duduk, dan kemahiran kehidupan harian bagi pesakit yang mengalami angin ahmar, kecederaan kepala atau saraf tunjang, sindrom Guillain-Barre serta gangguan dan kecederaan saraf lain. Kami mempunyai pasukan yang berdedikasi yang mengkhusus dalam mempertingkatkan kebolehan berdikari fungsi untuk pesakit kami. Latihan penjagaan juga diberikan kepada penjaga agar mereka memiliki kemahiran yang boleh membantu pesakit menjalani kehidupan berfungsi.
  • Penilaian/pengubahsuaian kediaman: Hospital kami menyediakan penilaian dinamik keseimbangan berdiri pesakit bagi memastikan kediaman mereka dilengkapi palang pegang untuk mengelakkan jatuh, serta membantu mereka mengatasi halangan fizikal dalam dan luar rumah, termasuk penggunaan tanjak yang dibeli di luar atau yang dibentuk khas.
  • Preskripsi bantuan/perkakas: Untuk menyediakan bantuan atau perkakasan yang paling sesuai seperti kerusi roda, tandas mudah alih, kerusi mandi, kerusi tandas tinggi atau palang capai panjang agar pesakit dapat berdikari pada sebahagian besar masa mereka di rumah dengan mengambil kira kebolehan fungsi pesakit.
  • Pengurusan stres dan keresahan: Profesional kami akan memandu dan mengajar teknik dalam mempelajari kemahiran kendalian yang spesifik kepada profesional sibuk yang sukar mendapatkan keseimbangan kerja dan hidup.

Fisioterapi

Ahli fisioterapi kami membantu pesakit dengan simptom fizikal dan kekurangan pergerakan kerana kecederaan atau penyakit untuk mendapatkan semula kemudahalihan dan kesihatan mereka.

Perkhidmatan kami termasuklah:

  • Pemulihan Belakang/Leher: Pengurusan kesakitan, teknik manual, penilaian dan nasihat postur dan ergonomik, senaman dan penambahan kekuatan teras tubuh adalah antara teknik yang boleh digunakan untuk mengurangkan dan mengurus simptom sakit belakang akut atau kronik dalam kehidupan seharian.
  • Pemulihan untuk kecederaan sukan: Pengurusan kesakitan, pengubahsuaian aktiviti, dan penilaian/pembetulan teknik sukan digunakan untuk menyingkatkan masa pemulihan dan membenarkan pesakit kami menyertai semula dalam sukan kegemaran mereka.
  • Pemulihan pascapembedahan: Panduan yang sesuai dan saranan senaman diberi bagi memulihkan pesakit kami kepada keadaan sebelum kecederaan mereka berlaku, terutamanya selepas pembentukan semula ACL, pembaikan gelung otot bahu, atau penggantian lutut/pinggul.
  • Fisioterapi kardiorespiratori: Pemulihan selepas pembedahan kardiotoraksik seperti pembedahan pintas, pembedahan penggantian injap, dan pembedahan paru-paru/abdomen disediakan sebagai sebahagian daripada strategi pencegahan dan untuk membantu mengurus aktiviti kardiotoraksik tekal bagi mencapai kualiti kesihatan yang lebih baik.
  • Pemulihan saraf: Rejimen senaman menyeluruh bagi membantu mendapatkan semula pergerakan dan fungsi otot normal selepas angin ahmar, kecederaan saraf tunjang, kecederaan kepala, dan kecederaan lain.
  • Pemulihan vestibul (keseimbangan): Program pemulihan berasaskan senaman bagi membantu pesakit dengan kegayatan dan ketidakseimbangan yang terjadi kerana kekurangan dalam telinga dalam atau kerana gangguan sistem saraf pusat.

Perkhidmatan Lain:

  • Terapi kraniosakral: Terapi sentuhan lembut yang dijalankan ke atas sistem saraf pusat dan sistem muka bagi mengurus sakit akut dan kronik. Ia menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan dan juga pengurusan stres yang berkesan.
  • Senaman selepas kelahiran: Senaman yang paling penting dalam masa beberapa hari selepas kelahiran adalah senaman lantai pelvis. Ahli fisioterapi kami boleh memimpin anda dalam senaman untuk pemulihan selepas bersalin.

Terapi Bahasa Percakapan

Kami memiliki kumpulan ahli terapi percakapan berkelayakan tinggi yang mengkhusus dalam penilaian dan rawatan kekurangan komunikasi dan gangguan menelan bagi dewasa serta kanak-kanak.

Antara bidang perkhidmatan kami termasuklah:

PERKHIDMATAN UNTUK DEWASA

  • Pengurusan kesukaran menelan
  • Videofluoroskopi (VFS) yang dijalankan bersama ahli radiologi
  • Penilaian Keupayaan Menelan dengan Endoskopi Gentian Optik (FEES) dijalankan bersama ahli otolaringologi .
  • Pemulihan untuk kesukaran komunikasi
  • Terapi afasia
  • Terapi disartria
  • Pengurusan gangguan suara
  • Pemulihan selepas kanser kepala dan leher

KHIDMAT PEDIATRIK

  • Terapi artikulasi
  • Intervensi bahasa awal
  • Terapi berkumpulan
  • Hanen - It Takes Two to Talk
  • Hanen More than Words
  • Kemahiran bahasa lebih tinggi iaitu penaakulan lisan dan penyelesaian masalah
  • Terapi celik huruf dan disleksia
  • Terapi oromotor
  • Lawatan ke sekolah
  • Latihan kemahiran sosial
  • Sokongan keperluan khas
  • Terapi bibir sumbing/ lelangit sumbing dan anomali kraniofasial lain
  • Terapi kefasihan

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!