
Hematuria, atau kehadiran darah dalam air kencing, adalah tanda klinikal yang tidak boleh diabaikan. Sama ada kelihatan dengan mata kasar atau dikesan secara mikroskopik, hematuria mungkin menunjukkan keadaan mendasar yang memerlukan penilaian dan intervensi perubatan.
Memahami Punca Hematuria
Hematuria bukanlah diagnosis tetapi gejala yang mungkin timbul daripada pelbagai keadaan perubatan, termasuk:
Mengenali Tanda-tanda Amaran
Mengenalpasti tanda-tanda amaran yang berkaitan dengan hematuria di peringkat awal adalah penting untuk diagnosis dan rawatan yang tepat pada masanya. Ini merangkumi:
✔️Kekerapan kencing yang meningkat – kencing lebih kerap daripada biasa
✔️Rasa ingin kencing yang mendesak – keperluan untuk membuang air kecil secara tiba-tiba dan kuat
✔️Dysuria – rasa sakit atau rasa terbakar semasa membuang air kecil
Simptom-simptom ini mungkin menunjukkan masalah urologi yang mendasari yang memerlukan siasatan lanjut.
Bilakah Anda Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan
Walaupun hematuria mungkin tidak merbahaya dalam beberapa kes, ia juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius seperti malignan saluran kencing atau jangkitan yang ketara. Penilaian perubatan segera adalah penting untuk mengenal pasti punca utama dan memulakan rawatan yang sesuai.
Di Hospital Pantai Batu Pahat, pasukan Pakar Urologi kami yang berpengalaman berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan diagnostik yang komprehensif dan pelan rawatan peribadi untuk semua masalah berkaitan saluran kencing.
Hubungi Kami
Untuk pertanyaan lanjut atau untuk menjadualkan rundingan dengan Pakar Urologi kami, sila hubungi kami:
📞Talian Terus: 07-433 8811
📱 WhatsApp: 010-668 8811
🚨 Kecemasan: 07-433 9991