Berjalan Semula dengan Yakin melalui Pembedahan Penggantian Lutut Berbantu Robotik

Alami generasi baharu pembedahan penggantian lutut sepenuhnya di Pantai Hospital Melaka dengan Sistem Robotik CORI di mana pakar bedah anda mengekalkan kawalan penuh sepanjang pembedahan. Teknologi canggih ini bertindak sebagai pembantu berketepatan tinggi, membantu pakar bedah merancang dan melaksanakan prosedur dengan lebih tepat bagi menyokong pemulihan yang lebih pantas, kesakitan yang minimum dan pergerakan yang lebih semula jadi.

Mengapa Pilih Penggantian Lutut Berbantu Robotik?

Pembedahan penggantian lutut konvensional telah membantu jutaan pesakit mendapatkan semula pergerakan. Kini, teknologi berbantu robotik membawa ketepatan dan hasil rawatan ke tahap yang lebih tinggi.

Dengan Bantuan Robotik CORI, pakar bedah menggunakan model 3D masa nyata lutut anda merancang dan melaksanakan pembedahan dengan ketepatan sehingga tahap milimeter, disesuaikan mengikut anatomi unik setiap pesakit.

Bagaimana Ia Berfungsi

  • Langkah 1: Pemetaan 3D di Bilik Bedah – Tiada imbasan CT diperlukan. Sistem akan membina model 3D maya lutut anda secara langsung semasa pembedahan.
  • Langkah 2: Pelan Pembedahan Peribadi – Pakar bedah mensimulasikan prosedur dan menentukan kedudukan implan yang paling sesuai, berdasarkan struktur unik lutut anda.
  • Langkah 3: Pelaksanaan Berketepatan Tinggi – Peranti robotik genggam membantu pakar bedah melakukan potongan dengan lebih tepat, sambil melindungi tisu sihat di sekeliling.

Manfaat untuk Anda

  • Pemulihan lebih pantas – Ramai pesakit boleh berjalan seawal hari yang sama atau dalam tempoh 24 jam.
  • Kurang kesakitan – Potongan yang lebih tepat dan terkawal membantu mengurangkan trauma tisu lembut serta keperluan penggunaan ubat tahan sakit opioid.
  • Pergerakan lebih semula jadi – Penjajaran implan disesuaikan mengikut anatomi unik lutut anda.
  • Implan Berpotensi Lebih Tahan Lama – Ketepatan tinggi membantu mengurangkan kehausan dan risiko kelonggaran implan.
  • Tempoh kemasukan hospital lebih singkat – Pesakit berpeluang untuk discaj lebih awal berbanding pembedahan konvensional.

Kenapa Pilih Pantai Hospital Melaka?

  • Perintis Pembedahan Berbantu Robotik: Hospital pertama dan satu-satunya di Melaka yang menawarkan sistem Da Vinci Xi dan penggantian lutut berbantu robotik.
  • Pasukan pakar bedah ortopedik berpengalaman, terlatih dalam pembedahan robotik.
  • Disokong oleh pasukan multidisiplin lengkap (fisioterapi, pengurusan kesakitan, rehabilitasi)
  • Komitmen terhadap keselamatan, ketepatan, dan pemulihan lebih cepat.

Soalan Lazim

Adakah robot yang melakukan pembedahan?

Tidak — Pakar bedah anda kekal mengawal sepenuhnya pembedahan pada setiap masa. Sistem robotik hanyalah alat canggih yang membantu pakar bedah menjalankan prosedur dengan ketepatan yang lebih tinggi.

Adakah saya perlu menjalani imbasan CT sebelum pembedahan?

Tidak — Sistem CORI menghasilkan model 3D lutut anda secara langsung semasa pembedahan, jadi tiada keperluan untuk imbasan tambahan atau pendedahan kepada radiasi. Ini membantu menjimatkan masa & kos.

Siapakah yang sesuai menjalani pembedahan ini?

Pesakit yang mengalami artritis lutut teruk atau kerosakan lutut dan memerlukan penggantian lutut sepenuhnya. Doktor anda akan menilai keadaan anda bagi menentukan sama ada prosedur ini sesuai.

Adakah insurans melindungi pembedahan penggantian lutut berbantu robotik?

Perlindungan bergantung kepada pelan insurans anda. Sila hubungi kami, dan pasukan insurans kami sedia membantu memberikan penjelasan lanjut.

Ambil Langkah Pertama ke Arah Kehidupan Tanpa Sakit Lutut

Rasai kebebasan daripada kesakitan lutut melalui pembedahan penggantian lutut berbantu robotik, yang membantu anda bergerak dengan lebih yakin dan pulih dengan lebih cepat.

Rujukan

  • Nherera, L. (2024). MT44 Handheld Robotically Assisted Primary Unilateral Total Knee Arthroplasty (R-TKA) Demonstrates Lower Short-Term Costs and Length of Stay Compared to Conventional Instrumentation TKA (C-TKA). Value in Health27(6), S289–S290. https://doi.org/10.1016/j.jval.2024.03.1582
  • ‌Tran, Joshua Yeuk-Shun, et al. “Handheld Imageless Robotic Total Knee Arthroplasty Improves Accuracy and Early Clinical Outcomes When Compared with Navigation.” Arthroplasty, vol. 7, no. 1, Apr. 2025, p. 18. BioMed CentralHttps://doi.org/10.1186/s42836-025-00303-4 
  • Cochrane, Niall H., et al. “Comparing a Robotic Imageless Second-Generation System to Traditional Instrumentation in Total Knee Arthroplasty: A Matched Cohort Analysis.” Journal of Orthopaedics, vol. 57, Nov. 2024, pp. 1–7. ScienceDirecthttps://doi.org/10.1016/j.jor.2024.05.022
  • TECHNOLOGY REVIEW (MINI-HTA) Robotic arm-assisted surgery in total hip arthroplasty, total knee arthroplasty and unicompartmental knee arthroplasty. Malaysian Health Technology Assessment Section (MaHTAS) Medical Development Division Ministry of Health Malaysia 008/2022

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!
aad blue heart