Pengimbas CT 640-Lembaran

Imbasan Komputasi Tomografi (CT) menggabungkan ukuran sinar-X untuk diproses komputer bagi menghasilkan imej anatomi yang terperinci. Kemajuan terkini dalam CT telah meningkatkan kualiti pengimejan dengan keupayaan pengimbasan yang laju, lembaran yang nipis dan kepelbagaian yang luas.

Pantai Hospital Ayer Keroh adalah hospital pertama di Melaka dengan pengimbas CT 640-lembaran dengan pengurangan dos. Pengimbas CT ini menghasilkan imej tisu yang tepat, dari tulang ke arteri yang halus dan sekaligus, memberi diagnosis yang lebih tepat.

 

Apakah kelebihannya?

Pengimejan Dinamik

Pengimbas CT yang dilengkapi ciri Deep Learning Neural Networks, the Advanced Intelligent Clear-IQ Engine (AiCE) dapat menghasilkan imej yang jelas, tepat dan terperinci dengan dos rendah. Dengan AiCE, resolusi imbasan anatomi badan termasuk otak, paru-paru, jantung dan muskuloskeletal sukar ditandingi. Pesakit dijamin mendapat pengimejan diagnosis yang unggul dengan bunyi yang rendah, tekstur gambar halus, resolusi kontras tinggi yang tajam dan pengesanan kontras rendah yang jelas.

Imejan Definisi Tinggi Dalam Satu Putaran Sahaja

Pengimbas CT ini mampu menghasilkan imej organ yang berkualiti tinggi seperti jantung, dada bayi, otak dan kaki dalam satu putaran, 640 lembaran. Ia juga mampu mengimbas sehingga 16cm dalam jangka masa kurang dari sesaat dengan pengurangan dos radiasi.

Pengimejan Seluruh Badan dalam Satu Imbasan

Ciri vHP3 membenarkan tiga pemeriksaan dilakukan dalam satu imbasan. Ini mengurangkan waktu pemeriksaan, jumlah media kontras dan pendedahan radiasi buat pesakit. Satu pengimejan semula akan dihasilkan buat tiga pemeriksaan tersebut membolehkan penafsiran serentak.

Ketepatan Diagnosis dan Peningkatan dalam Perawatan Penyakit

Pengimbas CT 640-lembaran meningkatkan kualiti diagnosis dalam bidang kardiologi, neurologi, ortopedik, onkologi dan gastroenterologi.

Pengimbas CT ini mampu menilai dan mengenal pasti penyakit berkaitan jantung secara tepat. Ia mempunyai kadar tindak balas yang pantas terhadap sebarang perubahan dalam kadar jantung pesakit termasuk pesakit dengan aritmia.

Diagnosis dan rawatan strok juga ditingkatkan dengan pengimbas CT 640-lembaran ini. Pengimbas CT ini mengimbas dengan cepat dan tepat seluruh otak dalam satu imbasan, meningkatkan keberkesanan mengenal pasti tisu yang rosak serta tanda awal strok.

Pengurangan Dos

Pengimbas CT 640-lembaran dilengkapi dengan VISION Optics yang membenarkan pengoptiman spektrum sinar-X untuk pengurangan dos dan pengimbasan imej berkualiti tinggi. Pengurangan dos sebanyak 31% boleh digunakan untuk pengimejan badan, mengurangkan pendedahan radiasi kepada pesakit.

Reka Bentuk Berpusatkan Pesakit

Pengimbas CT 640-lembaran ini dilengkapi dengan pelbagai ciri ergonomik yang mesra pengguna. Bentuk gantrinya yang unik menyediakan ruang yang luas yang memudahkan pesakit menjalani imbasan semasa trauma atau prosedur intervensi. Pengimbas CT ini meningkatkan keselesaan kepada pesakit dan menyenangkan pengendali/operator untuk melakukan prosedur dengan lebih selamat dan berkesan.

Apakah yang anda perlu tahu?

Ketahui lebih lanjut tentang pemeriksaan imbasan CT

Anda tidak akan merasa apa-apa semasa imbasan. Tahap radiasi yang rendah digunakan.

Anda tidak akan merasa apa-apa semasa imbasan. Tahap radiasi yang rendah digunakan. Imbasan mengambil masa 15-30 minit bergantung kepada bahagian yang diimbas. Laporan imbasan dijangka akan siap dalam 2 1/2 jam selepas imbasan.

Laporan imbasan dijangka akan siap dalam 2 1/2 jam selepas imbasan.

Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!