Accident and Emergency Services NEW
Perkhidmatan Kemalangan & Kecemasan 24/7
Pakar Bertugas
Makmal Kateterisasi
Pengimejan & Perkhidmatan Makmal 24 Jam

Jabatan Kecemasan Dan Trauma

Wad Kecemasan Hospital Pantai Cheras beroperasi 24 jam sehari dan berkeupayaan untuk merawat sebarang kecederaan atau kecemasan perubatan. Pasukan doktor dan jururawat di Jabatan Kecemasan telah dilatih secara khusus untuk menguruskan situasi kecemasan. Pesakit akan disaring menggunakan sistem klasifikasi untuk menentukan keutamaan dalam rawatan perubatan segera yang diperlukan. Rawatan perubatan segera akan diberikan kepada pesakit yang mengalami penyakit teruk atau keadaan yang mengancam nyawa atau sebaliknya. Pasukan pakar berbilang disiplin kami juga ada bersedia untuk menyediakan penjagaan dan rawatan.

Klasifikasi Wad Kecemasan & Masa Menunggu

Sistem klasifikasi adalah sistem atau proses yang menilaikan pesakit setibanya mereka supaya mereka dapat diutamakan menurut keterukan keadaan mereka. Pesakit akan dikategorikan dan dirawat menurut simptom-simptom yang ditunjukkan seperti di bawah:

Zon Merah: Kritikal

  • Tidak sedarkan diri
  • Amat Sukar Bernafas
  • Tidak Bernafas atau Tiada Nadi
  • Kesakitan Teruk
  • Tekanan Darah Terlalu Tinggi atau Tekanan Darah Rendah
  • Pendarahan Teruk
  • Cedera Bakar Teruk
  • Kecederaan Teruk atau Fraktur
  • Ketoasidosis Diabetes

Zon Kuning: Separa Kritikal

  • Tekanan Darah Tinggi
  • Sesak Nafas Sederhana
  • Tanda Dehidrasi Sederhana
  • Pesakit diabetes dengan paras gula di bawah 4 mmol/L atau di atas 20 mmol/L

Zon Hijau: Tidak Kritikal

  • Pendarahan Ringan
  • Kesakitan Ringan
  • Trauma Ringan
  • Demam Ringan
  • Jangkitan Salur Pernafasan Atas
  • Pertanyaan Perubatan
  • Imunisasi
Pasukan Khusus di Wad Kecemasan
Card image cap

Dr. Arman Abd Aziz

PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap

Dr. Hazizi Hassan

PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap

Dr. Muhammad Nabeel

PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Card image cap

Dr. Vikneshwaran

PAKAR

Medical Officer

BAHASA PERTUTURAN

English, Malay

Soalan-soalan Kerap Ditanya (FAQ)
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!