Keadaan kecemasan berikut boleh dirawat di
jabatan A&E kami:
- Pelbagai jenis kes trauma termasuk
kemalangan kenderaan motor, kemalangan
industri dan kemalangan setempat.
- Kecemasan obstetrik dan ginekologi seperti
pendarahan vagina teruk dan kehamilan
ektopia.
- Kecemasan pediatrik seperti demam panas,
sawan dan kesukaran bernafas.
- Kecemasan ENT seperti hidung berdarah,
rahang terkehel dan benda asing termasuk
dalam telinga, hidung dan kerongkong.
- Kecemasan pembedahan seperti apendisitis
akut, sekatan usus, burut tersepit dan
pendarahan rektum.
- Kecemasan kardiologi seperti aritmia dan
sindrom koronari akut.
- Kecemasan perubatan seperti sepsis dan
kesukaran bernafas.
Proses rawatan di unit Kecemasan mungkin akan
melibatkan pelbagai jabatan seperti perkhidmatan
makmal klinikal dan pengimejan. Setelah
diberikan rawatan perubatan segera yang
diperlukan, pesakit akan dipindahkan ke wad
untuk diawasi dan dirawat selanjutnya.
- Ruang rawatan yang dilengkapkan dengan
kemudahan untuk memenuhi pelbagai keadaan
kecemasan
- Kaunter klasifikasi untuk menilaikan
keterukan keadaan pesakit dengan pantas
- Ruang saringan Covid-19 khas untuk menyaring
kes-kes yang disyaki
- Ruang nebulisasi untuk merawat pesakit
dengan serangan asma akut atau penyakit
penghalang pulmonari kronik
Jabatan A&E kami menyediakan perkhidmatan
ambulans swasta 24 jam dan pengangkutan
perubatan.