Buah pinggang

Nefrologi ialah kepakaran dalam perubatan dalaman yang memberi tumpuan kepada fungsi buah pinggang, diagnosis dan rawatan penyakit buah pinggang, dan pemeliharaan kesihatan buah pinggang. Buah pinggang adalah penting kepada badan kerana fungsi utamanya adalah untuk mengeluarkan bahan buangan daripada darah, mengawal tekanan darah dan paras cecair dalam badan serta terlibat dalam pengeluaran sel darah merah dan kesihatan tulang.

Buah pinggang terdedah kepada banyak masalah, seperti seperti batu karang, kegagalan buah pinggang, jangkitan saluran kencing, dan penyakit buah pinggang kronik.

Pakar dalam bidang nefrologi dikehendaki mempunyai pengetahuan klinikal yang mendalam kerana betapa pentingnya memelihara buah pinggang apabila berhadapan dengan penyakit buah pinggang kritikal

Kami dilengkapi dengan perkhidmatan dan teknologi yang diperlukan untuk mengendalikan keperluan pesakit dengan kegagalan buah pinggang akut atau penyakit buah pinggang peringkat akhir dan penyakit buah pinggang kronik yang lain. Pakar nefrologi dan kakitangan kejururawatan kami yang berpengalaman bekerjasama untuk memberikan sokongan dan penjagaan perubatan terbaik yang diperlukan oleh pesakit kami.

Keadaan yang kami uruskan termasuk:

  • Kecederaan buah pinggang akut
  • Asidosis Metabolik
  • Hiperkalemia refraktori kepada rawatan perubatan
  • Edema Pulmonari
  • Komplikasi uremik seperti perikarditis, ensefalopati
  • Keabnormalan cecair dan elektrolit
  • Penyakit buah pinggang kronik dan peringkat akhir
  • Proteinuria
  • Nefropati diabetes
  • Penyakit buah pinggang polikistik dan penyakit buah pinggang genetik lain
  • Glomerulonefritis

Kami berhasrat untuk mendiagnosis masalah buah pinggang anda dengan tepat dan menyediakan rawatan dan penjagaan yang betul untuk mencapai hasil klinikal yang terbaik.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!