Hospital Pantai Pulau Pinang berada di lokasi strategik dalam pekan Bayan Baru yang sibuk, hampir dengan Zon Dagangan Bebas Bayan Lepas Pulau Pinang, dan hanya 30 minit pemanduan dari Georgetown, Pulau Pinang. Jaraknya yang sangat dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang serta Jambatan Pulau Pinang (Jambatan pertama dan kedua) membuatkan hospital itu menjadi pusat penjagaan kesihatan pilihan warga tempatan dan juga pelancong perubatan.
Hospital pakar dengan 190 katil itu menempatkan lebih 37 doktor tetap, 8 doktor sesi, dan 2 doktor pakar tamu. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kepakaran perubatan, termasuklah kardiologi, pembedahan kardiotoraksik, neurologi, pembedahan saraf, pembedahan laparoskopik, dan ortopedik, radiologi intervensi, rawatan brakiterapi, dan pusat bagi rawatan angin ahmar.
Hospital Pantai Pulau Pinang komited terhadap kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan dan pengalaman pesakit.
Hospital Pantai Pulau Pinang merupakan salah satu daripada 14 hospital yang dikendalikan Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai), yang merupakan sebahagian daripada Parkway Pantai Limited, sebuah anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).
Parkway Pantai Limited merupakan salah satu daripada kumpulan penjagaan kesihatan swasta bersepadu yang terbesar di Asia dengan 31 hospital di serata rantau itu, termasuklah di Singapura, Malaysia, India, China, Brunei dan Emiriah Arab Bersatu.
IHH Healthcare Berhad (IHH) merupakan kumpulan penjagaan kesihatan yang kedua terbesar di dunia berdasarkan kapitalisasi pasaran, dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia serta Papan Utama Bursa Singapura. IHH menawarkan spektrum penuh perkhidmatan penjagaan kesihatan bersepadu dan pelbagai perkhidmatan sampingan melalui anak-anak syarikatnya: Parkway Pantai Limited, Acibadem Holdings dan IMU Health.
Ketua Pegawai Eksekutif,
Pantai Hospital Penang
Pan Wen Lek adalah Chief Executive Officer Pantai Hospital Penang. Di bawah kepemimpinan Pan, Pantai Hospital Penang mengembangkan fasilitasnya dengan mendirikan bagian bangunan rumah sakit yang baru, yang diproyeksikan selesai pada akhir tahun 2025. Bangunan baru ini akan meningkatkan cakupan spesialisasi rumah sakit dan layanan kesehatan yang disediakan.
Pan juga merupakan Direktur Fungsional Cerebral Plus (Project 1) untuk IHH Healthcare Malaysia, yaitu sebuah proyek yang bertujuan untuk memperbaharui seluruh sistem informasi rumah sakit. Ia menjabat sebagai Ketua IHH Quality Summit 2019 di Malaysia, mendorong keunggulan medis, operasional, dan layanan di semua rumah sakit di bawah naungan IHH Healthcare.
Pan juga memiliki 27 tahun pengalaman di bidang keuangan dan operasional layanan kesehatan. Ia pertama terlibat di dalam IHH Healthcare Malaysia pada 1 Oktober 2001 sebagai Finance Executive, dan karirnya terus menanjak, baik di Pantai Hospital Penang dan Pantai Hospital Sungai Petani, hingga akhirnya ditunjuk menjadi Chief Executive Officer Pantai Hospital Penang pada tahun 2017.