Huraian

Pusat Jantung hospital kami berkelengkapan baik untuk merawat pesakit daripada semua peringkat umur yang mengalami keadaan kardiovaskular.Kami mempunyai satu pasukan perubatan yang berpengalaman yang terdiri daripada 4 Pakar Kardiologi Tetap dan 2 Pakar Bedah Kardiotoraks .Mereka pernah berkhidmat di Institut Jantung Negara, Hospital Universiti Kuala Lumpur dan juga hospital di luar negara.Dengan sejarah melebihi 16 tahun dalam penyediaan perkhidmatan yang cemerlang, kami menyediakan diagnostik kecemasan dan elektif serta perkhidmatan kardiologi terapeutik. Pasukan kami dapat dihubungi 24 jam sehari termasuk hari kelepasan am bagi kes-kes kecemasan.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Pemantauan Holter, pemantauan tekanan darah ambulatori
  • Ujian stres senaman, ekokardiogram stres, ekokardiografi, dan elektrokardiogram
  • Ekokardiografi transesofagus
  • Angiogram koronari dan intervensi
  • Angioplasti, pemasukan stent dengan stent terbaru yang boleh merembeskan ubat, aspirasi trombus bagi gumpalan intrakoronari, implan dan pengaturcaraan perentak serta pam belon intraaorta bagi kejutan kardiogenik
  • Pengkateteran jantung
  • Pintasan koronari, pembedahan injap dan pembedahan jantung terbuka lain.
  • Tomografi berkomputer berbilang hirisan
  • Pengimejan resonans magnetik (MRI)
  • Angiogram periferi
  • Angioplasti

Peralatan Perubatan

  • Tomografi Berkomputer Berbilang Hirisan (160 Hirisan)
  • MRI (1.5 Tesla)
  • Mesin ECG, mesin ekokardiogram, mesin senaman larian, Holter & peranti ABP
  • Mesin angiografi panel rata Philips dengan DSA dan kemampuan pengimejan penyerlah imej stent
  • Mesin jantung-peparu

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!