Mengenai Pantai Hospital Ipoh

Hospital Pantai Ipoh terletak 5 minit perjalanan dari plaza tol Lebuh Raya Utara Selatan PLUS dan juga pusat bandar Ipoh. Berkhidmat kepada masyarakat tempatan Ipoh, ia telah maju hingga menjadi penyedia penjagaan kesihatan terunggul di Perak serta di rantau utara Malaysia.

Hospital dengan 225 katil ini menempatkan lebih 90 pakar perunding yang menyediakan penjagaan serta rawatan berkualiti, dengan dibantu jururawat serta profesional penjagaan kesihatan bersekutu yang berkelayakan. Hospital ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan pengkhususan perubatan termasuklah anestesiologi, kardiologi, dermatologi, onkologi, pembedahan saraf, psikiatri, pembedahan plastik dan pembentukan semula, perubatan sistem pernafasan, reumatologi, dan banyak lagi.

Hospital Pantai Ipoh menggunakan teknologi dan kemahiran agar dapat kekal sebagai profesional yang dipercayai dalam penjagaan kesihatan, daripada pencegahan dan pengesanan sehinggalah ke rawatan dan penjagaan, di mana sahaja yang paling memerlukannya.

Pantai Hospital Ipoh merupakan salah satu daripada 16 hospital yang dikendalikan Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai), yang merupakan sebahagian daripada Parkway Pantai Limited, sebuah anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).


Mengenai IHH Healthcare

IHH merupakan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan multinasional terkemuka yang komited dalam membentuk masa depan penjagaan kesihatan. Berpandukan aspirasi “Care. For Good.”, kami menggabungkan kecemerlangan perubatan dengan inovasi, sambil terus melangkaui batas melalui jenama dipercayai seperti Acibadem, Gleneagles, Fortis, Island Hospital, Mount Elizabeth, Pantai, Parkway dan Prince Court.

Di 10 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Turkiye, India dan Greater China, tenaga kerja kami seramai lebih 70,000 orang memberikan perkhidmatan bertaraf dunia setiap hari, merangkumi lebih daripada 140 fasiliti penjagaan kesihatan termasuk lebih 80 hospital.

Di Malaysia, IHH mengendalikan 18 hospital dengan kira-kira 3,500 katil di bawah jenama seperti Gleneagles, Island Hospital, Pantai, Prince Court dan Timberland Medical Centre. Disokong oleh perkhidmatan sampingan seperti Premier Integrated Labs, Premier Integrated Rehab serta klinik penjagaan primer di bawah Twin Towers Medical Centre, lebih 15,000 kakitangan dan 1,500 pakar kami menyediakan penjagaan menyeluruh merangkumi perkhidmatan primer, pesakit luar, hingga ke peringkat tertiari dan kuaternari, disertai dengan diagnostik dan rehabilitasi.

Bersama rakan strategik, IHH terus memacu penjagaan kesihatan berasaskan nilai, membina ekosistem yang mampan dan memberi impak yang bermakna kepada masyarakat. Kami komited untuk menjadi rangkaian perkhidmatan kesihatan yang paling dipercayai di dunia.

www.ihhhealthcare.com


CEO Kami

Yow Huai Mim

Ketua Pegawai Eksekutif,

Pantai Hospital Ipoh

Yow Huai Mim ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ipoh. Beliau kembali melakar sejarah bersama IHH Healthcare Malaysia kerana beliau mula-mula menyertai kumpulan ini sebagai Ketua Farmasi Hospital Pantai Ipoh pada tahun 2003.

Sebelum pelantikan ini, Yow menjadi Ketua Pembangunan Perkhidmatan Klinikal untuk Hospital Pantai Kuala Lumpur. Beliau menyumbang dalam membangunkan perkhidmatan klinikal baharu seperti kelahiran dalam air berlesen dan SIRT (terapi sinaran dalaman terpilih) untuk tumor hati; dan memperkenalkan teknologi baharu seperti peralatan dengan keupayaan AI (ECHO, endoskop) dan sistem pembedahan robotik seperti mesin Da Vinci dan Mako.

Yow mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri penjagaan kesihatan. Beliau telah memegang pelbagai peranan dalam IHH Healthcare Malaysia, termasuk Ketua Penentuan Harga, Ketua Bahagian untuk Informatik Penjagaan Kesihatan dan Kewangan, dan Pakar Perkara di bahagian Farmasi dan Inventori.

Yow juga merupakan ahli Persatuan Farmaseutikal Malaysia.


Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!
aad blue heart