Notis Perlindungan Data Peribadi IHH Malaysia

IHH Healthcare Malaysia termasuk anak syarikatnya, syarikat berkaitan atau mana-mana sekutunya (secara kolektif dirujuk sebagai "IHH MY 1 " dan seterusnya merujuk kepada 'kami') amat komited bagi memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi mengikut Polisi Perlindungan Data Peribadi Kumpulan IHH (‘Polisi PDP IHH’) selaras dengan semua rang undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dan tidak hanya terhad kepada Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia (PDPA) 2010 (Akta Perlindungan Data Peribadi) dan Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024.

Notis Perlindungan Data Peribadi ini ('Notis PDP') menggariskan bagaimana IHH MY mengumpul, menggunakan, menzahirkan dan mengurus data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi.

Sila ambil maklum bahawa IHH MY akan mengemaskini Notis PDP ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan kepada Notis PDP ini akan dimaklumkan di IHH MY korporat laman sesawang
https://www.ihhhealthcare.com/my/data-protection-notice.

  1. Persetujuan

    Notis PDP ini bertujuan bagi memaklumkan mengenai data peribadi anda yang akan diproses oleh kami atau bagi pihak kami. Dengan memberikan kami data peribadi anda atau terus berkomunikasi dengan pihak kami, kami beranggapan bahawa anda bersetuju denganpemprosesan data tersebut menurut Notis PDP ini. Sekiranya kami meminta sebarang maklumat tertentu bagi mengenal pasti diri anda sebagai seorang individu, yakinilah bahawa maklumat tersebut hanya akan digunakan mengikut kehendak yang tertulis di dalam Notis PDP ini.

  2. Sumber Data Peribadi

    Kami mengumpul data peribadi anda secara langsung atau melalui maklumat yang telah dikumpul semasa berurusan dengan pihak kami melalui platform luar talian atau dalam talian. Ini termasuk data yang anda berikan melalui pihak ketiga, media sosial, pusat panggilan, applikasi mudah alih, alat teks dan pemesejan atau sumber awam. Selain daripada itu, kami mungkin memerlukan bantuan anda untuk mendapatkan persetujuan pihak ketiga mengenai data peribadi mereka yang disediakan oleh pihak anda kepada kami, dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membuat sedemikian.

  3. Jenis Pengumpulan Data Peribadi

    Data peribadi anda yang diproses oleh pihak kami mungkin termasukatau berkaitan dengan: nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau pasport, nama majikan/syarikat, alamat rumah dan pejabat, nombor telefon/bimbit, nombor faks, alamat e-mel, pekerjaan, umur, jantina, status perkahwinan, berat badan, ketinggian, foto, bangsa, kewarganegaraan, agama, maklumat keluarga dan/atau waris terdekat, maklumat imbuhan, nombor KWSP, nombor SOCSO, nombor cukai pendapatan, butiran perbankan, latar belakang pendidikan, latihan yang dihadiri, pengalaman kerja, keputusan pemeriksaan perubatan, rekod perubatan, diagnosis perubatan, maklumat kesihatan peribadi, data biometrik, rakaman imej/suara/video melalui kamera CCTV/kamera web, sejarah jenayah, keputusan siasatan, butiran insurans dan sebarang data peribadi yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Perkara no 4 di bawah (dirujuk sebagai “Data Peribadi”).

  4. Tujuan Pemprosesan Data Peribadi

    Data Peribadi anda mungkin diproses bagi tujuan berikut tetapi ianya tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut:

    a. untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan;

    b. untuk memudahkan keperluan peribadi pesakit (contohnya, lanjutan penginapan untuk pelancong kesihatan);

    c. untuk mewujudkan dan mengurus rekod perubatan dan laporan perubatan;

    d. untuk memudahkan proses pembayaran, bil, invois dan pemulihan hutang berkaitan dengan pesakit;

    e. untuk menjalankan penyelidikan, analisis dan penambahbaikan, termasuk tinjauan untuk meningkatkan perkhidmatan dan pengalaman pelanggan;

    f. untuk mentadbir dan memberi respons kepada permintaan, pertanyaan, aduan, penyiasatan dan isu yang berkaitan dengan undang-undang;

    g. untuk memudahkan aktiviti pengurusan sumber manusia berkaitan dengan pekerja;

    h. untuk penyerahan dan pendaftaran borang yang berkaitan, lesen kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan/atau pihak ketiga di bawah undang-undang yang mengawal industri pernjagaan kesihatan;

    i. untuk menyediakan pemasaran, pengiklanan, program keahlian, skim ganjaran, tawaran dan/atau promosi produk dan perkhidmatan kami; dan/atau

    j. menggunakan Data Peribadi untuk menghasilkan data yang telah ditanggalkan maklumat pengenalpastian, dikumpulkan dan/atau dijaga anonimitinya supaya Subjek Data yang berkenaan tidak akan dapat dikenal pasti, dengan mengeluarkan komponen yang boleh dikenal pasti, mengaburi, menggunakan nama samaran, menjaga anonimiti, atau sebarang cara lain;

    k. Membuat keputusan secara automatic, termasuk pemprofilan selaras dengan undang- undang yang tertentu;

    l. untuk tujuan-tujuan lain yang diperlukan bagi mengendalikan, mengekalkan dan menguruskan perniagaan, keselamatan dan hubungan anda dengan pihak kami dengan lebih baik,(secara kolektif, "Tujuan").

    Data Peribadi anda akan dikumpulkan daripada pelbagai borang melalui luar dan dalam talian yang tersedia, suara rakaman dari pusat panggilan, semasa lawatan anda ke laman sesawamg IHH MY, media sosial, applikasi mudah alih, alat teks dan pemesejan, senarai tetamu sedia ada, kad perniagaan, buku tetamu dan/atau sebarang acara yang dianjurkan oleh pihak kami (seperti yang ditakrifkan sebelum ini) dan/atau mana-mana Kumpulan IHH.

    Pemprosesan Data Peribadi anda mungkin wajib atau sukarela, bergantung pada Tujuan di mana Data Peribadi anda dikumpulkan. Sekiranya wajib untuk anda memberikan Data Peribadi tersebut kepada pihak kami, dan anda gagal atau memilih untuk tidak memberikan data tersebut kepada kami, atau anda tidak bersetuju dengan mana-mana perkara di atas seperti yang termaktub di dalam Notis PDP ini, pihak kami mungkin tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan kami atau meneruskan urusan dengan anda.

  5. Perkongsian Data Peribadi anda dengan pihak lain

    Merujuk kepada Senarai Penzahiran Pihak Ketiga, Data Peribadi anda mungkin dikongsi dengan Sekutu kami pada IHH MY, profesional penjagaan Kesihatan yang terlibat dan pihak luar yang dibenarkan, merangkumi:

    a. penyedia perkhidmatan, vendor, pembekal: kami bekerjasama dengan pihak atau syarikat luar yang diberi kuasa untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada kami, seperti keselamatan dan sokongan teknologi maklumat, tinjauan pelanggan, pemulihan hutang, penggajian dan sokongan perbelanjaan kakitangan, serta pentadbiran manfaat dan ganjaran;

    b. pihak berkuasa awam dan kerajaan: jika dituntut oleh undang-undang, atau demi melindungi hak-hak kami, Data Peribadi anda mungkin akan dikongsikan dengan pihak berkuasa awam dan kerajaan yang mengawasi atau berkuasa atas kami;

    c. penasihat profesional dan lain-lain: kami bekerjasama dengan dan menerima sokongan daripada penasihat profesional tertentu seperti bank, syarikat insurans, juruaudit, peguam, akauntan, dan penasihat daftar gaji; dan/atau

    d. pihak lain berkaitan dengan urus niaga korporat: dari masa ke masa, Data Peribadi anda mungkin akan dikongsikan untuk tujuan urus niaga korporat, seperti penjualan seluruh atau sebahagian perniagaan kepada syarikat lain, penyusunan semula, penyatuan, usaha sama, atau pelupusan perniagaan, aset atau saham kami.

  6. Pemindahan Data Peribadi Merentasi Sempadan

    Disebabkan kehadiran antarabangsa kami, Data Peribadi anda mungkin akan dipindahkan kepada atau diakses oleh Syarikat Bersekutu kami dan pihak luar yang dibenarkan dari berbagai negara di seluruh dunia, untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini dan mematuhi syarat-syarat pada PDPA untuk pemindahan data peribadi rentas sempadan.

  7. Langkah Keselamatan

    Langkah-langkah sesuai akan diambil untuk melindungi Data Peribadi anda, dan pihak luar juga akan diminta untuk menjaga kerahsiaan dan keselamatan Data Peribadi anda. kami mengambil langkah-langkah fizikal, teknikal dan pengurusan untuk mencegah Data Peribadi anda daripada dihapuskan, dihilangkan, disalahgunakan, diubah, dan didedahkan atau diakses tanpa kebenaran.

    Walau bagaimanapun, anda perlu menjaga keselamatan kata laluan anda dan tidak mendedahkannya kepada pihak lain untuk mengurangkan risiko pelanggaran data.

  8. Tempoh Penyimpanan

    Sebarang Data Peribadi yang disimpan oleh pihak kami akan dimusnahkan dan/atau dipadamkan daripada rekod dan sistem kami mengikut dasar penyimpanan kami sekiranya data tersebut tidak lagi diperlukan untuk Tujuan seperti yang telah dinyatakan di atas.

  9. Akses dan Kemas Kini Data Peribadi

    Kami berusaha sedaya upaya bagi memastikan bahawa Data Peribadi yang kami proses tentang anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat sebarang perubahan pada Data Peribadi anda atau jika anda percaya bahawa Data Peribadi yang ada dalam simpanan kami mengenai anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, sila hubungi pihak kami supaya kami dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengemaskini data peribadi anda.

    Jika anda ingin meminta akses kepada Data Peribadi anda, pindah Data Peribadi anda atau tarik balik kebenaran anda untuk kami memproses Data Peribadi anda, sila hubungi pihak kami. Kami mengesyorkan agar anda membuat permintaan secara bertulis atau muat turun Borang Permintaan Akses Data Peribadi dari IHH MY entiti laman sesawang untuk mengakses data peribadi anda yang diproses oleh pihak kami. Kami akan mengambil langkah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi sebarang permintaan untuk mengakses data peribadi anda mengikut Polisi PDP IHH dan peraturan Akta Perlindungan Data Peribadi.

  10. Untuk menghubungi pihak kami

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, permintaan atau komen berkaitan dengan Notis ini, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data melalui saluran-saluran berikut:

    • E-mel: [email protected]
    • Komunikasi bertulis boleh dihantar kepada:
      Pegawai Perlindungan Data, IHH Healthcare Malaysia Pantai Medical Centre Sdn Bhd, Level 33A, Mercu Aspire, No.3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur.

Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara Notis PDP versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

Tarikh semakan:: 15hbJuly 2025

1.1. IHH Healthcare Malaysia ialah rangkaian syarikat yang beroperasi di Malaysia (sebahagian daripada kumpulan entiti di bawah syarikat induk utama, IHH Healthcare Berhad), termasuk tetapi tidak terhad kepada Pantai Holdings Sdn Bhd dan sekutunya. "Sekutu" merujuk kepada mana-mana entiti yang mengawal, dikawal oleh, atau berada di bawah kawalan yang sama, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan anak syarikat atau syarikat berkaitan dalam Kumpulan. "Kawalan" bermaksud pemilikan atau kuasa untuk mengundi yang mewakili lebih daripada 50% saham, stok pemilikan, atau kepentingan dalam entiti tersebut.

Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!
aad blue heart