Tahap kecergasan kita menentukan keseluruhan keadaan kesihatan dan kesejahteraan kita. Mengekalkan kekerapan aktiviti fizikal dapat menggalakkan kesihatan yang lebih baik, mengurangkan tahap tekanan dan menceriakan hari anda!
Mengamalkan tabiat pemakanan yang seimbang serta diet yang sihat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan yang baik. Kita perlu memenuhi keperluan pemakanan harian kita di samping mengurangkan faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit berkaitan diet seperti obesiti, diabetes dan hipertensi.
Menjalani dan mengekalkan gaya hidup sihat akan mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik. Adalah penting untuk mengenal pasti tabiat yang kurang sihat dan memperkenalkan