Topics
Penyakit hati berlemak berlaku apabila lemak terkumpul secara berlebihan dalam sel hati. Keadaan ini biasanya berkait rapat dengan faktor gaya hidup seperti pemakanan tidak seimbang, kurang aktiviti fizikal dan tabiat tidak sihat. Penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD) semakin kerap berlaku di seluruh dunia, selari dengan peningkatan kes obesiti dan sindrom metabolik. Jika tidak dirawat, penyakit hati berlemak boleh berkembang menjadi keadaan yang lebih serius seperti fibrosis hati, sirosis, malah kanser hati.
Mengubah gaya hidup memainkan peranan penting dalam mengawal atau memulihkan hati berlemak dan saringan kesihatan secara berkala juga amat penting. Anda boleh berkunjung ke Hospital Pantai untuk menjalani saringan kesihatan. Antara perubahan gaya hidup utama termasuk mengamalkan pemakanan seimbang, meningkatkan aktiviti fizikal dan mengekalkan berat badan yang sihat. Kajian menunjukkan bahawa pengurangan sekitar 5 hingga 10 peratus daripada berat badan sudah mampu mengurangkan lemak hati dengan ketara serta meningkatkan kesihatan hati secara keseluruhan (Fernández et al., 2022). Penemuan ini menekankan bahawa pengurusan kesihatan secara menyeluruh amat penting dalam menangani penyakit hati berlemak.
Apakah Jenis Diet Sihat untuk Kesihatan Hati?
Pemakanan sihat merupakan asas penting dalam merawat penyakit hati berlemak. Pilihan pemakanan yang tepat boleh membantu mengurangkan lemak dalam hati, menurunkan keradangan dan memperbaiki penanda metabolik. Berikut adalah beberapa cadangan pemakanan yang boleh dijadikan panduan:
Utamakan Diet Mediterranean
Diet ini menekankan pengambilan buah-buahan, sayur sayuran, bijirin penuh, protein tanpa lemak seperti ikan dan ayam, kekacang serta lemak sihat seperti minyak zaitun. Kajian menunjukkan diet Mediterranean berkesan dalam mengurangkan lemak hati serta meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Kawal Pengambilan Makanan Diproses dan Bergula
Peningkatan lemak hati sering dikaitkan dengan pengambilan karbohidrat bertapis, minuman bergula dan lemak trans yang tinggi. Sebagai alternatif, pilih gula semula jadi, buah-buahan dan bijirin yang tidak diproses.
Masukkan Makanan Antikeradangan dalam Diet
Makanan seperti ikan berlemak yang kaya dengan asid lemak omega 3, teh hijau dan kacang walnut boleh membantu mengurangkan keradangan pada hati.
Hadkan Pengambilan Alkohol
Alkohol boleh menyebabkan pengumpulan lemak serta keradangan pada hati. Orang yang menghidap penyakit hati berlemak harus mengehadkan atau menahan diri daripada minum alkohol sepenuhnya.
Pastikan Penghidratan Mencukupi
Minum banyak air meningkatkan metabolisme umum dan fungsi hati.
Meningkatkan Senaman untuk Kesihatan Hati
Kesihatan hati dipengaruhi oleh beberapa faktor, dan salah satu fokus utama ialah aktiviti fizikal yang kerap adalah penting untuk mengurangkan lemak hati dan meningkatkan kesihatan metabolik. Senaman bukan sahaja membantu dalam pengurusan berat badan tetapi juga meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan keradangan hati. Berikut adalah beberapa cadangan senaman praktikal:
Senaman Aerobik
Aktiviti seperti berjalan pantas, berbasikal dan berenang boleh mengurangkan lemak hati dengan berkesan. Sasarkan sekurang-kurangnya 150 minit senaman aerobik intensiti sederhana setiap minggu, seperti yang dicadangkan oleh WHO.
Latihan Kekuatan
Senaman rintangan, seperti angkat berat atau senaman berat badan, boleh meningkatkan jisim otot dan kesihatan metabolik, seterusnya meningkatkan kesihatan hati.
Sertakan Pergerakan Setiap Hari
Perubahan gaya hidup yang kecil seperti memilih tangga berbanding lif atau berjalan seketika ketika waktu rehat boleh membantu anda menjadi lebih aktif setiap hari.
Tetapkan Matlamat yang Realistik
Mulakan dengan sasaran yang mudah dicapai, kemudian tingkatkan tempoh dan intensiti senaman secara beransur-ansur. Kunci kepada manfaat jangka panjang ialah konsistensi.
Menangani Masalah Kesihatan Asas dan Perubahan Tingkah Laku
Selain pemakanan dan senaman, pengurusan penyakit hati berlemak (NAFLD) juga memerlukan perhatian terhadap masalah kesihatan asas serta pembentukan tabiat hidup yang lebih sihat. Ramai individu dengan NAFLD turut berdepan keadaan seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi. Bekerjasama rapat dengan profesional penjagaan kesihatan memastikan pelan rawatan yang lengkap.
Perubahan tingkah laku seperti mengurus tekanan dan memperbaiki tabiat tidur juga penting untuk kesihatan hati. Tekanan berpanjangan dan corak tidur yang tidak teratur boleh menjejaskan metabolisme serta meningkatkan pengumpulan lemak dalam hati. Amalan seperti meditasi kesedaran, yoga dan terapi tingkah laku kognitif (CBT) didapati membantu mengurangkan tekanan serta menyokong pembentukan tabiat yang lebih sihat.
Berhenti merokok juga merupakan langkah penting kerana merokok dikaitkan dengan peningkatan tekanan oksidatif dan keradangan hati. Pemeriksaan kesihatan dan saringan secara berkala dapat membantu memantau fungsi hati serta mengesan tanda awal perkembangan penyakit supaya rawatan awal dapat diberikan.
Aturkan Janji Temu di Hospital Pantai
Penyakit hati berlemak ialah keadaan yang serius, namun biasanya boleh dikawal malah dipulihkan dengan perubahan gaya hidup yang betul. Dengan mengutamakan pemakanan sihat, melakukan aktiviti fizikal secara konsisten, menangani masalah kesihatan asas serta membentuk tabiat hidup yang lebih baik, anda boleh meningkatkan kesihatan hati dan kualiti hidup secara keseluruhan.
Jika anda bimbang tentang penyakit hati berlemak atau ingin memulakan langkah ke arah kesihatan hati yang lebih baik, Hospital Pantai sedia menyokong anda. Pasukan pakar kami menawarkan penjagaan yang diperibadikan serta perkhidmatan diagnostik moden bagi membantu anda mencapai tahap kesihatan hati yang optimum. Jangan tunggu; jadualkan janji temu dengan kami hari ini dan ambil langkah pertama ke arah anda yang lebih sihat dan berkualiti. Anda boleh buat janji temu melalui laman web kami atau muat turun aplikasi MyHealth360 daripada Google Play Store atau Apple App Store.
Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

