Pusat Ortopedik kami menawarkan pilihan perkhidmatan yang komprehensif bagi merawat pelbagai keadaan ortopedik.Dengan pasukan berpengalaman yang terdiri daripada 8 Pakar Bedah Ortopedik Residen komited untuk memberikan rawatan pembedahan dan bukan pembedahan, termasuk penggantian sendi, rawatan trauma dan patah tulang, perubatan sukan, rawatan anggota atas dan mikropembedahan, kaki dan buku lali, pembedahan tulang belakang serta fisioterapi. Mereka juga akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan agar pesakit kami melalui proses pemulihan dengan selancar mungkin.Pasukan ini dapat dihubungi 24 jam sehari termasuk hari kelepasan am bagi menangani kes-kes kecemasan.Pusat Ortopedik kami bekerjasama dengan Pusat Rehabilitasi Bersepadu Pantai bagi membolehkan pesakit kami menjalani program rehabilitasi agar dapat mencapai tahap kefungsian dan pergerakan optimum.