Hospital Pantai Ipoh menawarkan pilihan bilik dan perkhidmatan dengan jagaan peribadi yang berkualiti tinggi.Segala usaha akan dibuat supaya dapat memenuhi permintaan pesakit untuk bilik yang mereka inginkan.Namun, disebabkan oleh ketidaktentuan waktu pesakit keluar dari hospital dan kemasukan kecemasan, permintaan anda untuk bilik yang tertentu kadang kala tidak dapat dipenuhi.

Nutrisi merupakan sebahagian yang penting dalam proses pemulihan dan kami ingin membantu semua pesakit kami agar dapat sembuh dengan pantas dan tanpa masalah. Doktor akan memberi nasihat berkenaan pemakanan yang sesuai untuk membantu dalam pemulihan anda. Pesakit boleh memilih daripada menu hidangan yang sihat dan sedap dalam keselesaan bilik mereka. Ini termasuk juga pilihan bagi pesakit yang menghadapi kekangan pemakanan, dan juga untuk mereka yang mengambil pemakanan cecair. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang pemakanan atau nutrisi anda, jururawat anda boleh mengaturkan sesi rundingan dengan pakar pemakanan.

Jenis BilikHarga untuk Sehari
Bilik Standard Superior
Bilik berhawa dingin berserta bilik mandi.
Dilengkapi sistem panggilan jururawat untuk jagaan dan bantuan segera.
Nikmati keselesaan tanpa gangguan dengan ruang persendirian lebih luas.
Peti sejuk, televisyen dan hubungan internet wayarles bagi kemudahan dan aktiviti santai.

Sofa yang selesa untuk ahli keluarga dan rakan-rakan.

Kemudahan Bilik
Peti sejuk
Televisyen
WiFi percuma
Sofa
RM350.00
Bilik Perseorangan

RM220.00
Bilik 2 katil
Bilik berhawa dingin berserta bilik mandi berkongsi.
Setiap katil mempunyai langsir pengadang tersendiri untuk ruang persendirian tanpa gangguan.
Setiap katil dilengkapi sistem panggilan jururawat untuk jagaan dan bantuan segera.

Televisyen dan hubungan internet wayarles bagi kemudahan dan aktiviti santai.

Kemudahan Bilik
Televisyen
WiFi percuma
RM165.00
Bilik 4 katil, Wad Pediatrik
Bilik yang direka khas bagi kanak-kanak, dengan langsir pengadang di setiap katil untuk ruang persendirian tanpa gangguan.
Bilik berhawa dingin berserta bilik mandi berkongsi.
Setiap katil dilengkapi sistem panggilan jururawat untuk jagaan dan bantuan segera.

Hubungan internet wayarles untuk kemudahan anda.

Kemudahan Bilik
WiFi percuma
RM85.00
Bilik 4 katil
Bilik berhawa dingin berserta bilik mandi berkongsi.
Setiap katil mempunyai langsir pengadang tersendiri untuk ruang persendirian tanpa gangguan.
Setiap katil dilengkapi sistem panggilan jururawat untuk jagaan dan bantuan segera.

Hubungan internet wayarles untuk kemudahan anda.

Kemudahan Bilik
WiFi percuma
RM85.00
Unit Rawatan Rapi (ICU)
Kemudahan yang amat khusus yang dikhaskan untuk pesakit yang memerlukan pemantauan dan penjagaan kejururawatan rapi.

Dilengkapi dengan sokongan pernafasan rumit bagi pesakit yang tenat.

RM265.00
Unit Rawatan Separa Rapi

Unit jagaan progresif dan pertengahan bagi pesakit yang memerlukan tahap pemantauan, rawatan dan penjagaan kejururawatan yang lebih tinggi.

RM195.00
Bilik jagaan bayi
Dilengkapi khusus untuk memenuhi keperluan bayi.

Jururawat yang komited dalam memberi jagaan sepanjang masa untuk bayi.

RM35.00
Bilik Pengasingan
Bilik berhawa dingin berserta bilik mandi.
Setiap katil dilengkapi sistem panggilan jururawat untuk jagaan dan bantuan segera.

Televisyen dan hubungan internet wayarles bagi kemudahan dan aktiviti santai.

Kemudahan Bilik
Televisyen
WiFi percuma
RM250.00

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!