Anestesiologi (Pengurusan Kesakitan & Penjagaan Kritikal)

Anestesiologi merangkumi kepakaran khusus dalam pengurusan kesakitan dan penjagaan kritikal, dua disiplin yang berkait rapat namun berbeza yang dikhususkan untuk meningkatkan keselesaan pesakit, menstabilkan keadaan yang mengancam nyawa serta mengoptimumkan hasil pemulihan.

Pengurusan Kesakitan

Pengurusan kesakitan memberikan tumpuan kepada diagnosis, penilaian dan rawatan bagi keadaan kesakitan akut serta kronik.

Kesakitan akut berlaku secara tiba-tiba dan biasanya dikaitkan dengan kecederaan, trauma atau pembedahan, biasanya bertambah baik apabila penyembuhan berlaku.
Kesakitan kronik berterusan melebihi tempoh penyembuhan biasa (biasanya lebih daripada tiga bulan) dan mungkin berterusan atau berselang-seli.

Kesakitan sering dikaitkan dengan keadaan seperti kanser, artritis, penyakit autoimun, endometriosis, migrain dan gangguan saraf. Kesakitan yang berterusan atau tidak dapat dijelaskan tidak boleh diabaikan, kerana ini mungkin menunjukkan keadaan perubatan asas yang memerlukan penilaian pakar.

Semasa konsultasi, pakar akan menilai sifat, lokasi dan keterukan kesakitan untuk menentukan punca utama. Kesakitan boleh diklasifikasikan sebagai:

  • Kesakitan nosiseptif (berasal daripada kecederaan tisu)
  • Kesakitan neuropatik (yang timbul daripada kerosakan saraf)

Siasatan diagnostik seperti ujian darah, X-ray, imbasan CT atau MRI boleh dilakukan apabila terdapat indikasi klinikal.

Pakar dalam pengurusan kesakitan, selalunya ahli anestesiologis dengan latihan lanjutan, membangunkan pelan rawatan pelbagai disiplin yang diperibadikan, yang bertujuan bukan sahaja untuk melegakan kesakitan tetapi juga memulihkan fungsi, meningkatkan mobiliti serta meningkatkan kualiti hidup keseluruhan.

Pilihan Rawatan Pengurusan Kesakitan:

  1. Suntikan dan Rangsangan
    1. Suntikan tempat pencetus/suntikan steroid untuk melegakan kesakitan secara terus ke kawasan tertentu
    2. Rangsangan saraf tunjang, rangsangan saraf elektrik transkutan (TENS) atau ablasi radiofrekuensi untuk melegakan kesakitan berkaitan saraf
  2. Terapi Ubat
    1. Analgesik tanpa preskripsi (OTC) seperti asetaminofen, NSAID (ubat antiradang bukan steroid seperti aspirin dan ibuprofen) membantu untuk mengurangkan keradangan/bengkak.
    2. Pereda kesakitan topikal
  1. Terapi Psikologi & Tingkah Laku
    1. Terapi tingkah laku kognitif, biomaklum balas, meditasi dan teknik relaksasi
  2. Senaman & Rehabilitasi
    1. Pilates, yoga dan tai chi boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan kronik dan meningkatkan fungsi badan secara keseluruhan selain mengekalkan kesihatan mental yang positif
  1. Terapi Pelengkap
    1. Terapi fizikal, urutan, akupunktur, rawatan kiropraktik, terapi manipulatif osteopatik (tulang) (OMT)
  2. Pengubahsuaian Gaya Hidup
    1. Pengurusan berat badan, strategi pengurangan tekanan dan pelarasan ergonomik

Penjagaan Kritikal

Penjagaan kritikal memberi tumpuan kepada pemantauan intensif dan pengurusan perubatan lanjutan pesakit yang menghidap penyakit yang mengancam nyawa atau kecederaan teruk, biasanya di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pesakit mungkin memerlukan penjagaan kritikal disebabkan oleh kecemasan perubatan secara tiba-tiba atau selepas pembedahan besar, termasuk:

  • Serangan sakit jantung atau penjagaan selepas pembedahan jantung
  • Pemantauan strok atau selepas pembedahan saraf
  • Jangkitan teruk, sepsis atau kejutan
  • Kegagalan pernafasan yang memerlukan sokongan ventilasi
  • Kegagalan hati atau buah pinggang akut
  • Melecur yang teruk
  • Reaksi alahan yang teruk
  • Pemulihan pascabedah yang kompleks

Perkhidmatan Rawatan Penjagaan Kritikal:

Pasukan penjagaan kritikal kami menyediakan pelan penjagaan dan rawatan yang diperibadikan, serta disesuaikan dengan situasi individu anda termasuk:

  1. Sokongan hayat lanjutan, termasuk ventilasi mekanikal dan trakeostomi
  2. Pemantauan hemodinamik 24 jam
  3. Sokongan pelbagai organ untuk organ penting melalui pengoksigenan membran ekstrakorporeum (ECMO)
  4. Pemantauan hemodinamik 24 jam
  5. Sedasi, anestesia dan pengurusan kesakitan
  6. Terapi renal seperti dialisis
  7. Ubat intravena (IV) dan sokongan pemakanan
  1. Program rehabilitasi dan pemulihan fizikal awal

Penjagaan Berpusatkan Pesakit Bersepadu

Pengurusan kesakitan juga penjagaan kritikal memainkan peranan penting dalam meningkatkan hasil rawatan pesakit, menyokong pemulihan serta memberikan penjagaan berdasarkan bukti dan penuh prihatin kepada individu yang mengalami keadaan perubatan kompleks serta serius. Penjagaan diberikan oleh pasukan yang terlatih, yang terdiri daripada doktor penjagaan kritikal dan pakar bius, ahli farmasi, pakar pemakanan, jururawat penjagaan kritikal, ahli fisioterapi dan ahli terapi pekerjaan untuk menyediakan rawatan yang menyeluruh kepada pesakit.

Doktor Pakar Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience