Pusat Penjagaan Payudara di Hospital Pantai Kuala Lumpur

Huraian

Pusat Rawatan Payudara kami menawarkan pendekatan pelbagai disiplin dalam rawatan gangguan berkaitan payudara termasuk penyakit payudara tidak bahaya dan kanser payudara.

Menggunakan pendekatan holistik (menyeluruh), pusat ini berhasrat menangani semua aspek gangguan berkaitan payudara, daripada kesedaran dan pendidikan mengenai kanser, sehinggalah kepada saringan, pengesanan dan sokongan selepas rawatan untuk pemandiri kanser payudara.

Bersama pelbagai perkhidmatan lain yang disediakan di hospital ini, pusat ini menawarkan prosedur diagnostik dan rawatan berkepiawaian tinggi hasil daripada pengalamannya yang sekian lama dalam bidang rawatan payudara, terutamanya kanser payudara.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Ultrabunyi & biopsi berpandukan ultrabunyi
  •  Sitologi aspirasi jarum halus
  •  Aspirasi sista
  •  Biopsi teras berpandukan stereotaktik
  •  Pemetaan nodus sentinel / teknik biopsi-pewarna biru
  •  Kaunseling
  •  Rehabilitasi onkologi
  •  Anggota palsu
  •  Rawatan limfedema

Peralatan Perubatan

  • Mamogram Digital

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!