Pusat Sendi di Hospital Pantai Kuala Lumpur

Huraian

Dipimpin oleh sepasukan pakar ortopedik bertauliah dan berpengalaman dengan subkepakaran yang berlainan, Pusat Tulang Belakang dan Sendi kami menyediakan diagnostik dan rawatan yang khusus untuk pelbagai keadaan tulang belakang dan sendi.

Kami mempunyai unit terapi fizikal komprehensif yang memberi fokus kepada rehabilitasi dan pendidikan bagi mencegah kecederaan daripada berulang.

Kami juga mempunyai Unit Fisioterapi di pusat ini yang diketuai ahli fisioterapi yang terlatih.

Pesakit boleh menjalani rawatan fisioterapi di unit berkelengkapan penuh ini di bawah penyeliaan perunding kami.

Perkhidmatan yang Disediakan

Perkhidmatan pesakit luar:

  • Rundingan pakar oleh pakar runding ortopedik kami berhubung senaman, ubat-ubatan dan makanan tambahan
  •  Terapi cara kerja untuk mengembalikan keupayaan melakukan aktiviti kehidupan harian
  •  Prosedur pembedahan kecil untuk pesakit seperti aspirasi, pembersihan dan pembalutan luka, pembukaan jahitan (STO), suntikan intrasendi, pemakaian dan penanggalan tuangan dan penanggalan klip
  •  Menyediakan pendidikan kesihatan berhubung penjagaan luka selepas pembedahan
  •  Fisioterapi termasuk program rehabilitasi komprehensif selepas pembedahan dan rawatan
  •  Kecederaan sukan / rekonstruksi artroskopik
  •  Pembedahan trauma / trauma kompleks
  •  Artroplasti atau pembedahan penggantian sendi
  •  Pembedahan artroskopik termasuk rekonstruksi ligamen
  •  Artroskopik dan prosedur penstabilan pembukaan mini
  •  Artrosopik dan membaik pulih otot dan tendon melalui pembukaan mini
  •  Fiksasi trauma sendi (fraktur)
  •  Pembuangan cakera terbuka dan dekompresi
  •  Pembuangan cakera perkutaneus
  •  Nukleoplasti
  •  Vertebroplasti
  •  Cantuman spina
  •  Epidurolisis

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!