
Terletak dalam kawasan komersial Manjung di Perak, hanya beberapa minit perjalanan dari Sitiawan, Hospital Pantai Manjung merupakan hospital komuniti berbilang bidang.
Hospital dengan 58 katil ini menempatkan 18 pakar perubatan dan menyediakan khidmat pelbagai disiplin termasuklah anestesiologi, perubatan am, oftalmologi, pembedahan am, pembedahan telinga, hidung, dan tekak (ENT), ortopedik, dan obstetrik dan sakit puan.
Pantai Hospital Manjung merupakan salah satu daripada 14 hospital yang dikendalikan Pantai Holdings Sdn Bhd (Kumpulan Pantai), yang merupakan sebahagian daripada Parkway Pantai Limited, sebuah anak syarikat IHH Healthcare Berhad (IHH).
IHH merupakan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan multinasional terkemuka yang komited dalam membentuk masa depan penjagaan kesihatan. Berpandukan aspirasi “Care. For Good.”, kami menggabungkan kecemerlangan perubatan dengan inovasi, sambil terus melangkaui batas melalui jenama dipercayai seperti Acibadem, Gleneagles, Fortis, Island Hospital, Mount Elizabeth, Pantai, Parkway dan Prince Court.
Di 10 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, Turkiye, India dan Greater China, tenaga kerja kami seramai lebih 70,000 orang memberikan perkhidmatan bertaraf dunia setiap hari, merangkumi lebih daripada 140 fasiliti penjagaan kesihatan termasuk lebih 80 hospital.
Di Malaysia, IHH mengendalikan 18 hospital dengan kira-kira 3,500 katil di bawah jenama seperti Gleneagles, Island Hospital, Pantai, Prince Court dan Timberland Medical Centre. Disokong oleh perkhidmatan sampingan seperti Premier Integrated Labs, Premier Integrated Rehab serta klinik penjagaan primer di bawah Twin Towers Medical Centre, lebih 15,000 kakitangan dan 1,500 pakar kami menyediakan penjagaan menyeluruh merangkumi perkhidmatan primer, pesakit luar, hingga ke peringkat tertiari dan kuaternari, disertai dengan diagnostik dan rehabilitasi.
Bersama rakan strategik, IHH terus memacu penjagaan kesihatan berasaskan nilai, membina ekosistem yang mampan dan memberi impak yang bermakna kepada masyarakat. Kami komited untuk menjadi rangkaian perkhidmatan kesihatan yang paling dipercayai di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif,
Pantai Hospital Manjung
Dr Mohd Norfahmi Mohd Sohot ialah Ketua Pegawai Operasi Hospital Pantai Manjung. Beliau memberikan kepimpinan dalam operasi harian hospital dan membimbing pasukan dalam mencapai kecemerlangan perubatan dan perkhidmatan serta memupuk standard penjagaan dan kepuasan pesakit yang tinggi.
Dr Mohd Norfahmi mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia.
Beliau menyertai Hospital Pantai Ipoh sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan sebelum berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Kecemasan. Beliau kemudian berpindah ke Hospital Pantai Manjung untuk mengetuai Jabatan Kecemasan dan Jabatan Hal Ehwal Perubatan dan Kualiti sebagai persediaan untuk akreditasi Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia.
Beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Operasi Hospital Pantai Manjung pada tahun 2016.
Sebelum menyertai IHH Healthcare Malaysia, Dr Mohd Norfahmi berada dalam perkhidmatan kerajaan. Beliau berkhidmat di Hospital Ipoh dan Hospital Teluk Intan dalam jabatan Obstetrik & Ginekologi, Pembedahan Am dan Ortopedik.