Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Vaksinasi HPV di Malaysia

Human Papillomavirus atau HPV adalah sekumpulan virus yang biasanya berkaitan dengan jangkitan seksual. Kebanyakan jangkitan biasanya hilang dengan sendirinya, namun sesetengah jenis HPV boleh menyebabkan keadaan serius seperti ketuat alat kelamin atau kanser.

Lelaki dan wanita yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan berisiko untuk dijangkiti penyakit HPV dan penyakit berkait HPV tanpa mengira umur1. Walaupun HPV biasanya jangkitan seksual, masih mungkin untuk dijangkiti jika mulut, tekak atau kawasan di sekeliling alat kelamin bersentuhan dengan virus.

HPV dan kanser serviks

HPV adalah penyebab utama kanser serviks. Mana-mana individu yang aktif secara seksual boleh dijangkiti HPV2, walaupun anda telah melakukan hubungan seks dengan seorang sahaja. Anda juga boleh mengalami gejala bertahun-tahun selepas anda melakukan hubungan seks dengan seseorang yang dijangkiti. Kanser selalunya mengambil masa bertahun-tahun, malah beberapa dekad, untuk berkembang selepas individu itu dijangkiti HPV.

Di Malaysia, kanser serviks adalah kanser kedua paling biasa dalam kalangan wanita Malaysia berumur antara 15 dan 44 tahun walaupun ia merupakan penyakit yang boleh dicegah.

Kebanyakan kanser serviks berpunca daripada jangkitan HPV. Terdapat jenis atau strain HPV tertentu yang boleh menyebabkan kanser serviks. Kanser serviks membimbangkan kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala yang berbeza semasa peringkat awalnya. Kanser serviks berlaku apabila sel-sel yang melapisi serviks berkelakuan tidak normal. Terdiri daripada dua bahagian, serviks dilapisi dengan dua jenis sel—sel kelenjar dan skuamosa—dan kawasan di mana sel-sel ini bertemu dipanggil zon transformasi. Memeriksa zon transformasi dan kelakuan sel-sel di kawasan ini adalah penting dalam menentukan sama ada seorang wanita mempunyai atau berisiko untuk kanser serviks.

Selain daripada kanser serviks, HPV juga telah dikaitkan dengan kanser dubur, vulva, zakar dan orofarinks, bahagian mulut kita yang merangkumi bahagian belakang lidah, tonsil, dinding sisi dan belakang tekak dan lelangit lembut.

Bagaimanakah vaksin HPV berfungsi?

Vaksinasi HPV amat berkesan. Vaksin HPV berpotensi untuk mencegah lebih daripada 90% kanser yang disebabkan oleh HPV.

Vaksin HPV berfungsi dengan cara yang sama dengan vaksin lain. Ia merangsang sistem imun badan untuk membangunkan antibodi untuk melawan HPV. Dengan berbuat demikian, badan kita boleh mengenali HPV dan melawannya sebelum ia mempunyai peluang untuk menyerang sel yang sihat. Memandangkan vaksin hampir menyerupai HPV, badan boleh mencipta imuniti terhadap virus sebenar.

Vaksin HPV pada masa kini menggunakan zarah seperti virus yang dibina menggunakan komponen permukaan HPV3. Walaupun vaksin memperkenalkan zarah seperti HPV ke dalam badan kita, seseorang tidak dijangkiti penyakit itu dan tidak boleh menjangkiti orang lain dengan HPV dengan cara mendapatkan vaksin HPV kerana vaksin itu tidak mengandungi DNA virus. Vaksin ini sangat imunogenik, bermakna ia boleh mencetuskan jumlah pengeluaran antibodi yang tinggi, menjadikannya sangat berkesan dalam melawan virus.

Walaupun vaksin HPV berkesan dalam mencegah virus daripada menjangkiti sel, ia tidak mampu merawat jangkitan HPV sedia ada atau komplikasi yang disebabkan oleh HPV. Ia juga tidak menghalang penyakit kelamin lain.

Pada masa ini terdapat tiga vaksin HPV yang diluluskan untuk digunakan di Malaysia — vaksin HPV bivalen, vaksin HPV quadrivalent dan vaksin HPV 9-valent.

Dapatkan vaksin HPV anda di Hospital Pantai

Hospital Pantai diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan. Untuk menempah perundingan dengan pasukan pakar ginekologi profesional kami mengenai berkenaan HPV, sila hubungi kami hari ini.

Resources:

  1. Human Papillomavirus and Related Disease Report. Accessed on November 23, 2021 from https://hpvcentre.net/statistics/reports/MYS.pdf
  2. Genital HPV Infection - Fact Sheet. Accessed on November 23, 2021 from https://www.cdc.gov/std/hpv/stdfact-hpv.htm
  3. How do HPV vaccines work? Accessed on November 23, 2021 from Human Papillomavirus (HPV) Vaccines - National Cancer Institute

Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!