Apakah kanser payudara?

Kanser payudara adalah sejenis kanser yang terbentuk pada payudara dan boleh berkembang pada sebelah atau kedua-dua payudara. Walaupun kanser payudara kebanyakannya berlaku pada wanita, lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, dengan kira-kira 0.5-1% kes kanser payudara berlaku pada lelaki.

Apabila menentukan pelan rawatan yang paling sesuai untuk kanser payudara, beberapa faktor diambil kira:

  • Tahap dan gred kanser
  • Kesihatan umum
  • Status menopaus
  • Pilihan peribadi

Bilakah pembedahan kanser payudara diperlukan?

Pembedahan selalunya menjadi pendekatan rawatan awal untuk kanser payudara, dengan prosedur pembedahan khusus dipilih berdasarkan jenis kanser.

Selepas pembedahan, rawatan tambahan seperti kemoterapi, terapi sinaran atau kadangkala terapi hormon atau terapi bersasar mungkin disyorkan untuk menangani sebarang saki baki sel kanser yang tinggal.

Apakah jenis-jenis pembedahan kanser payudara?

Prosedur pembedahan untuk kanser payudara termasuk:

  • Mastektomi: Mastektomi melibatkan pembuangan salah sebelah daripada kedua-dua payudara secara keseluruhan. Beberapa jenis mastektomi juga melibatkan penyingkiran tisu lain yang terjejas di dinding dada.
  • Pembedahan memelihara payudara (lumpektomi): Lumpektomi melibatkan penyingkiran tumor atau "benjolan" daripada payudara, bersama-sama dengan beberapa tisu di sekelilingnya. Pendekatan ini sering dipertimbangkan apabila merawat kanser payudara pada peringkat awal.
  • Pembedahan payudara rekonstruktif: Prosedur ini dilakukan untuk memulihkan bentuk payudara selepas mastektomi. Prosedur ini mungkin melibatkan penggunaan implan payudara, tisu yang diambil daripada bahagian lain badan anda atau kedua-duanya.

Berapa lamakah tempoh pembedahan kanser payudara?

Tempoh pembedahan kanser payudara boleh berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, termasuk jenis pembedahan yang dijalankan, tahap kanser, sama ada lumpektomi atau mastektomi serta sebarang prosedur tambahan yang diperlukan.

Secara amnya, pembedahan kanser payudara boleh mengambil masa antara satu hingga beberapa jam.

Apakah potensi risiko dan komplikasi pembedahan kanser payudara?

Komplikasi atau masalah mungkin timbul selepas mana-mana prosedur pembedahan. Walaupun beberapa komplikasi mungkin teruk, kebanyakannya adalah kecil.

Potensi risiko dan komplikasi yang berkaitan dengan pembedahan am termasuk:

  • Pendarahan dan jangkitan: Ini ialah risiko biasa yang berkaitan dengan sebarang pembedahan. Langkah diambil semasa pembedahan untuk meminimumkan risiko ini, tetapi masih boleh berlaku.
  • Bengkak dan lebam: Bengkak dan lebam di sekitar tapak pembedahan adalah perkara biasa selepas pembedahan dan lama-kelamaan akan hilang.
  • Parut: Bergantung pada jenis pembedahan, parut mungkin berlaku. Pakar bedah anda akan berusaha sedaya upaya untuk meminimumkan parut, tetapi sesetengah parut tidak dapat dielakkan.
  • Seroma: Kadangkala, cecair boleh terkumpul di tapak pembedahan lalu membentuk seroma. Ini mungkin memerlukan saliran untuk diselesaikan.
  • Darah beku: Terdapat risiko kecil untuk bekuan darah di kaki terbentuk (trombosis urat dalam) atau paru-paru (embolisme pulmonari) selepas pembedahan.

Kesan sampingan khusus yang mungkin berlaku selepas pembedahan kanser payudara termasuk:

  • Kekakuan bahu: Selepas pembedahan payudara, adalah perkara biasa untuk mengalami kekakuan, kelemahan dan julat pergerakan yang berkurangan di bahu dan lengan. Keadaan ini mungkin berterusan selama beberapa minggu.
  • Cording: Individu yang menjalani pembedahan pada nodus limfa aksilari mungkin mengalami axillary web syndrome, juga dikenali sebagai cording.

Apakah langkah yang boleh diambil sebagai persediaan untuk pembedahan kanser payudara?

Selepas diagnosis kanser payudara, doktor akan menjadualkan pertemuan dengan pesakit untuk membincangkan pilihan pembedahan mereka

Beberapa langkah boleh diambil untuk bersedia untuk pembedahan. Langkah-langkah ini termasuk:

  • Berhenti merokok: Merokok boleh mengurangkan bekalan darah kepada tisu badan yang berpotensi menyebabkan komplikasi selepas pembedahan. Malah meningkatkan risiko mendapat jangkitan.
  • Mengekalkan berat badan yang sihat: Berat badan berlebihan meningkatkan risiko komplikasi daripada anestesia dan boleh memberi kesan kepada hasil pembedahan. 
  • Kekal aktif secara fizikal: Bersenam sebelum pembedahan mungkin diperlukan untuk membantu menguatkan otot yang terlibat.

Apakah masa pemulihan untuk pembedahan kanser payudara?

Penjagaan selepas pembedahan selepas pembedahan kanser payudara berbeza-beza bergantung pada jenis pembedahan. Ramai pesakit kini menjalani pembedahan payudara sebagai prosedur harian, bermakna mereka boleh pulang ke rumah pada hari yang sama atau hari berikutnya. Walau bagaimanapun, jika pembinaan semula payudara dilakukan secara serentak, penginapan hospital biasanya lebih lama, antara dua hingga tujuh hari.

Selepas pembedahan kanser payudara, pesakit mungkin mengalami kesakitan dan pergerakan terhad di dada dan lengan selama dua hingga tiga minggu. 

Keletihan mungkin berterusan untuk beberapa lama dan mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memulihkan tahap tenaga normal sepenuhnya. Biasanya, kebanyakan individu akan dapat meneruskan aktiviti biasa selepas kira-kira sebulan.

Atur janji temu di Hospital Pantai

Pasukan yang berdedikasi dan pakar onkologi serta pakar bedah am di Hospital Pantai disediakan untuk rundingan bagi memberikan penjagaan dan bantuan yang terbaik. Hubungi kami untuk mengatur janji temu hari ini jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau soalan tentang kanser payudara.  

Sila hubungi Pusat Saringan Kesihatan di Hospital Pantai yang terdekat dengan anda untuk janji temu saringan kesihatan.

Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!