Tenosinovitis De Quervain ialah keradangan pada sarung tendon (synovium) di pangkal ibu jari. Tendon yang menggerakkan ibu jari menjadi sempit dalam terowong yang ketat.
Keradangan itu datang daripada geseran yang terhasil semasa tendon meluncur di sepanjang ibu jari dengan pergerakan berulang, yang membawa kepada kesakitan dan kebas.
Simptom-simptom termasuk:
Penyebab biasa Tenosinovitis De Quervain adalah penggunaan berlebihan pergelangan tangan secara kronik akibat pergerakan harian yang berulang-ulang. Juga boleh disebabkan oleh artritis radang seperti artritis rheumatoid dan kecederaan pergelangan tangan lalu yang menyebabkan tisu parut menyekat pergerakan tendon.
Faktor risiko termasuk:
Tenosinovitis De Quervain adalah keadaan biasa dalam kalangan ibu disebabkan aktiviti harian seperti membuai bayi semasa menyusu, mengangkat anak ke kerusi tinggi atau tempat duduk kereta atau membawa beg barangan runcit yang berat.
Diagnosis dibuat berdasarkan pelbagai penyiasatan. Doktor anda akan menilai dahulu sejarah perubatan dan simptom anda sebelum menjalankan pemeriksaan fizikal pada pergelangan tangan, ibu jari dan tangan anda.
Rawatan tanpa pembedahan
Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti ubat penahan sakit atau Ubat Anti-Radang Bukan Steroid (NSAID) boleh melegakan kesakitan dan bengkak.
Suntikan steroid
Jika anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap rawatan di atas, doktor anda mungkin mengesyorkan suntikan kortikosteroid untuk mengurangkan keradangan.
Prosedur pembedahan
Jika simptom berterusan tanpa penambahbaikan, pembedahan sehari mungkin ditawarkan. Pembedahan hampir selalu berjaya, dan anda akan kembali menggunakan tangan anda secara normal selepas pulih.
Pengesanan awal Tenosinovitis De Quervain menjadikannya lebih mudah untuk merawat keadaan dengan rawatan yang berkesan dan sesuai. Pasukan pakar Ortopedik yang berdedikasi dan pakar di Hospital Pantai bersedia untuk berunding bagi memberikan penjagaan dan bantuan yang terbaik.
Hubungi kami untuk menempah janji temu anda hari ini jika anda bimbang atau ada pertanyaan berkenaan Siku Pemain Golf. Kami menjamin penjagaan yang terbaik untuk keperluan spesifik anda.
Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmen terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.