Psikologi

Psikologi adalah disiplin berasaskan sains yang mempunyai pelbagai aspek. Ia menggabungkan latihan klinikal dan teori psikologi untuk memahami tekanan serta hubungan antara minda dan tingkah laku. Ini dilakukan untuk mengurangkan dan mencegah disfungsi psikologi agar mendapatkan hasil kesihatan yang lebih baik.

Rawatan psikologi atau psikoterapi termasuk berbual tentang pemikiran, trauma dan tekanan emosi dengan pakar (dikenali sebagai ahli psikologi) dan mencadangkan strategi untuk menangani dan mengatasi masalah tersebut.

Kesihatan mental dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti genetik, perhubungan, keadaan hidup dan persekitaran. Kami menyediakan ahli psikologi klinikal yang terlatih untuk mengkaji, menganalisis dan menilaikan personaliti setiap pesakit secara menyeluruh sebelum memulakan sesuatu rawatan.

Pelbagai prosedur khusus seperti kaunseling, psikoterapi dan teknik santaian akan digunakan mengikut keperluan setiap kes.

Di Hospital Pantai, kami mengambil pendekatan yang bersepadu dalam menjaga kesejahteraan mental. Kami juga menyediakan pasukan psikiatri yang lengkap bagi memastikan penjagaan psikiatri yang terbaik untuk pesakit.


Apakah masalah dan gejala yang memerlukan rawatan psikologi dan/atau psikiatri?

Rawatan psikologi selalunya berkesan untuk membantu masalah kesihatan mental yang berikut:

1. Kemurungan

Salah satu penyakit perubatan yang sering terjadi, dengan tanda-tanda seperti sentiasa merasa sedih, kurang bertenaga dan hilang minat dengan aktiviti seharian. Kemurungan akut adalah masalah serius yang memerlukan rawatan psikologi segera berserta terapi, kaunseling dan ubat-ubatan.

2. Keresahan

Ini termasuk perasaan takut, panik atau kegelisahan. Meskipun sedikit rasa takut dan stres adalah normal, orang yang mengalami gangguan keresahan akan menghadapinya sepanjang masa dan sukar untuk mengatasinya. Lambat-laun, ia akan mengganggu aktiviti harian, daya membuat keputusan dan prestasi di tempat kerja.

3. Gangguan personaliti

Gangguan personaliti biasanya dikelaskan sebagai corak fikiran tidak sihat yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran. Kesukaran pesakit untuk menerima situasi seperti yang sepatutnya akan mengimpak fungsi harian dan hubungan mereka.

4. Ketagihan

Ketagihan adalah masalah otak kronik yang mungkin disebabkan oleh gen, emosi atau keadaan persekitaran. Ketagihan boleh berlaku terhadap bahan mahupun terhadap tingkah laku tertentu.

5. Gangguan perangai (Gangguan eksplosif selangan)

Ini termasuk ledakan mengejut daripada tingkah laku impulsif atau agresif (tidak sesuai dengan situasi) dalam bentuk keganasan fizikal atau verbal terhadap orang lain. Contohnya termasuk baran jalanan, laku radang dan memecahkan objek.

6. Gangguan makan

Ini termasuk pelbagai masalah mental yang menyebabkan tabiat makan yang tidak sihat. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan keadaan ini seperti genetik, sifat personaliti, stres dan gangguan mental yang lain.

7. Gangguan tekanan pascatrauma (PTSD)

Masalah kesihatan mental ini selalunya tercetus selepas mengalami atau menyaksikan peristiwa traumatik. Ia boleh bermula dalam masa beberapa hari selepas kejadian atau lebih lama lagi dalam kehidupan.

8. Stres

Stres adalah keadaan bimbang kerana sebab-sebab fizikal atau emosi. Ia boleh dikelaskan sebagai akut (jangka pendek dan mudah hilang) atau kronik (jangka panjang). Stres kronik boleh mempengaruhi fizikal badan dan kesihatan mental.


Apakah yang dilakukan oleh ahli psikologi?

Ahli psikologi membantu mendiagnosis dan merawat masalah emosi dan kesihatan mental pesakit.

Ahli psikologi klinikal mengkhusus dalam membantu individu yang mengalami penyakit mental dan tekanan psikologi. Mereka dilatih dalam teknik rawatan supaya menjadi efektif dalam bidang kesihatan mental kanak-kanak dan orang dewasa, kesihatan mental geriatrik, gangguan makan dan rawatan penyalahgunaan bahan.


Bagaimana masalah psikologi diperiksa dan didiagnosis?

Prosedur diagnosis kami termasuk menyediakan soalan-soalan tertentu untuk membantu mencipta profil pesakit dalam perkembangan bidang yang berbeza.

Kaedah rawatan yang berbeza digunakan untuk merawat pelbagai isu berkaitan dengan kesihatan mental termasuk:

  • Terapi tingkah laku kognitif (CBT)
  • Terapi tingkah laku dialektik (DBT)
  • Terapi keluarga
  • Terapi berkumpulan
  • Terapi interpersonal
  • Psikoterapi psikodinamik
  • Terapi berdasarkan mentalisasi
  • Terapi fokus emosi (EFT)
  • Terapi seni kreatif
  • Terapi bermain
  • Kauseling perhubungan
  • Ceramah motivasi dan sebagainya

Pasukan ahli psikologi yang berdedikasi

Pasukan ahli psikologi kami sentiasa berdedikasi dan bekerja keras untuk memperbaiki penjagaan klinikal dan kefahaman dalam gangguan psikiatri.

Pasukan ahli psikologi yang berpengalaman ini mengambil pendekatan fokus pelanggan dan berdasarkan bukti untuk menyediakan penjagaan yang menyeluruh dan berempati, termasuk perkhidmatan psikologi umum dan pelan rawatan bagi kes yang paling sukar, bagi memenuhi keperluan setiap individu.

Jabatan Psikologi menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk penilaian peribadi, terapi dan sokongan untuk penjaga.

Buat tempahan janji temu atau pertanyaan dengan pasukan Hospital Pantai untuk maklumat lanjut.

Pengkhukusan Kami

Muat lagi
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!