penyakit hfmd penyakit hfmd
Penjagaan Pencegahan
Penyakit Berjangkit
Penjagaan Pencegahan
Kesihatan Kanak-kanak

Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD)

19 Oktober 2022 · 5 mins read

Topics





Penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya menjangkiti kanak-kanak, tetapi ia juga boleh menjejaskan orang dewasa. Ia biasanya sembuh dengan sendirinya dalam masa tujuh hingga 10 hari.

Kira-kira 106,447 kes HFMD telah direkodkan sehingga 18 Jun 2022. 89% daripada kes direkodkan dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, dan 9% adalah dalam kalangan mereka yang berumur antara 7 dan 12 tahun.

  • Selangor: 29,880 kes (28.1%)
  • Kuala Lumpur & Putrajaya: 11,687 kes (11%)
  • Perak: 10,938 kes (10.3%)
  • Johor: 7,052 kes (6.6%)
  • Kelantan: 6,532 kes (6.1%)

Kebanyakan wabak tersebut berlaku di:

  • Bilik asuhan dan prasekolah: 56%
  • Rumah: 40%
  • Pusat penjagaan harian: 3%

Apakah penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD)?

Penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit berjangkit biasa yang dilihat pada kanak-kanak dan bayi. 

HFMD dianggap sebagai penyakit endemik di Malaysia. Namun, ia menjadi kebimbangan umum kerana ia boleh mengakibatkan wabak besar dan kematian di kalangan kanak-kanak dan bayi.

Apakah punca HFMD?

Penyakit HFMD adalah disebabkan oleh virus. Individu yang dijangkiti HFMD boleh merebakkan virus kepada individu yang lain melalui saluran tinja-oral, rembesan daripada hidung dan tekak, serta cecair daripada kuping atau lepuhan.

Individu yang dijangkiti HFMD paling mudah menjangkiti individu lain pada minggu pertama.

Apakah tanda dan gejala (simptom) HFMD?

Penyakit ini biasanya ringan dan hilang dengan sendirinya. Tanda dan gejala (simptom) adalah seperti berikut:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Luka mulut
  • Ruam kulit dengan lepuh pada lengan, kaki, dan punggung

Bilakah kanak-kanak harus pergi ke hospital apabila dia menghidapi HFMD?

  • Apabila kanak-kanak itu kurang minum air.
  • Apabila keadaan kanak-kanak itu tidak bertambah baik selepas 10 hari.
  • Jika kanak-kanak itu mempunyai sistem imun yang lemah.
  • Jika kanak-kanak itu mengalami gejala yang teruk seperti demam panas dan menggigil.
  • Jika kanak-kanak itu berumur di bawah 6 bulan.

Apakah cara-cara mencegah HFMD?

  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air, terutamanya selepas menggunakan tandas, menukar lampin, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.
  • Gunakan pensanitasi berasaskan alkohol jika tiada sabun dan air.
  • Bersihkan permukaan yang disentuh dan barangan yang sering dikongsikan.
  • Elakkan menyentuh muka dengan tangan yang tidak dibasuh.
  • Elakkan sentuhan rapat dengan individu yang sakit.
  • Pastikan kanak-kanak itu duduk di rumah jika dia menunjukkan gejala.

Dapatkan Rawatan HFMD di Hospital Pantai

Jika anak anda mempunyai tanda dan gejala HFMD, sila berjumpa doktor anak anda atau pakar pediatrik.

Artikel Dicadangkan

Click to know more!