Penyakit arteri koronari adalah penyakit jantung tersumbat yang berlaku apabila pembuluh darah utama menjadi rosak atau berpenyakit dan tidak boleh lagi mengepam darah, oksigen dan nutrien daripada jantung ke seluruh badan dengan betul.
Mendapan yang mengandungi kolesterol (plak) dalam arteri dan keradangan, selalunya adalah punca bagi penyakit arteri koronari. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit melaporkan bahawa penyakit arteri koronari membunuh lebih daripada 370,000 orang setiap tahun.
Arteri koronari terletak betul-betul di atas otot jantung. Terdapat empat arteri koronari utama:
Penyakit arteri koronari selalunya disebabkan oleh keradangan arteri yang akhirnya membentuk plak arteri.
Kolesterol tinggiPlak mengandungi kolesterol dan kolesterol tinggi adalah salah satu faktor risiko utama terjadinya sakit jantung. Ini sebabnya makanan kolesterol rendah seperti ikan salmon, tuna, walnut dan badam selalu dirujuk sebagai makanan yang "sihat untuk jantung".
Makanan yang patut dielakkan termasuk produk haiwan yang tinggi lemak tepu seperti daging lembu, krim, daging babi, makanan bergoreng, gula ringkas dan daging proses tinggi lemak.
Baca lanjut: Panduan Pemakanan untuk Kesihatan Jantung
Selalunya, kita mungkin tidak akan sedar yang kita mempunyai penyakit arteri koronari. Ini kerana penyakit ini tidak menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun hingga berdekad-dekad untuk membentuk plak.
Apabila arteri menyempit disebabkan penyakit arteri koronari, ia tidak mampu membekalkan darah beroksigen yang secukupnya kepada jantung.
Jika anda atau orang yang tersayang mengalami sebarang tanda dan gejala (simptom) seperti yang berikut, penting untuk berjumpa doktor:
Sindrom koronari akut
Apabila penyakit arteri koronari terjadi kerana bekalan darah kepada jantung tersumbat secara tiba-tiba, ia dikenali sebagai gejala koronari akut. Ini mungkin terjadi tanpa menunjukkan sebarang gejala sebelumnya.
Sindrom koronari akut diklasifikasikan berdasarkan tahap kerosakan dan lamanya waktu kerosakan itu telah berlaku.
Faktor-faktor risiko bagi penyakit arteri koronari termasuk:
Selain daripada pemeriksaan fizikal, pakar kardiologi anda mungkin menyarankan anda untuk melakukan satu atau lebih banyak ujian yang berikut:
Pilhan rawatan untuk penyakit arteri koronari termasuk ubat-ubatan serta pembedahan jika perlu.
Ubat-ubatan
Pakar kardiologi anda akan mengesyorkan pelbagai ubat-ubatan berkaitan dengan jantung seperti ubat untuk menurunkan paras kolesterol, ubat untuk mengurangkan tekanan darah, ubat untuk menguruskan angina serta antikoagulan dan antiplatelet bagi mengurangkan darah beku. Selain itu, penghidap diabetes juga mungkin perlu mengambil ubat untuk mengurangkan paras gula dalam darah.
Prosedur dan pembedahan
Rawatan tanpa pembedahan seperti angioplasti belon dan sten selalu digunakan untuk meluaskan arteri dan memulihkan aliran darah. Biasanya, ini akan dilakukan melalui kateter. Selain daripada itu, intervensi pembedahan seperti pembedahan graf pintas arteri koronari (CABG) mungkin perlu dilakukan.
Pertimbangkan untuk membuat perubahan berikut:
Ketahui lebih lanjut tentang Perkhidmatan Kardiologi di Hospital Pantai yang terdekat. Hubungi kami untuk tempah janji temu hari ini jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang penyakit kardiovaskular dan rawatannya.
Hospital Pantai telah diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.