Apa itu tumor otak?
Tumor otak adalah pertumbuhan sel yang abnormal di dalam otak. Otak adalah organ penting dan kompleks dengan anatomi yang amat rumit kerana adanya berbagai bahagian berbeza dalam otak yang menjalankan fungsi sistem saraf yang berbeza.
Tumor otak boleh berlaku dalam mana-mana bahagian otak atau tengkorak, termasuk kelenjar pituitari, pangkal tengkorak, lapisan pelindung otak, batang otak dan bahagian yang lain.
Apakah gred dan jenis-jenis tumor otak?
Tumor otak dikelaskan berdasarkan kadar pertumbuhan dan kemungkinan ia berbalik.
- Gred rendah: Gred 1 dan 2 adalah tumor otak yang tidak berkanser (benigna)
- Gred tinggi: Gred 3 dan 4 adalah tumor otak yang berkanser (malignan)
Tumor otak primer adalah tumor yang bermula di dalam otak.
Tumor otak sekunder atau tumor otak metastatik adalah tumor berkanser yang terjadi pada bahagian badan yang lain dan beransur-ansur merebak ke otak.
Kanser yang biasanya merebak ke otak termasuk:
- Kanser kolon
- Kanser payudara
- Kanser paru-paru
Apakah simptom bagi tumor otak?
Simptom bagi tumor otak adalah berbeza dan bergantung pada jenis, gred, saiz, dan lokasi tumor tersebut.
- Sakit kepala: Sakit kepala teruk yang bertambah buruk semasa beraktiviti atau ketika bangun pada waktu pagi
- Sawan: Sawan menyebabkan perubahan sementara pada kekuatan atau pergerakan otot (menyentak, kaku dan lemah), sensasi, perilaku, atau tahap kesedaran
- Kekeliruan dan hilang ingatan
- Rasa kebas, lemah, dan lumpuh pada sebelah bahagian badan
- Muntah dan loya
- Perubahan emosi dan gangguan personaliti: Menjadi cepat marah, rasa tersisih dan hilang minat dalam aktiviti, emosi turun naik secara tiba-tiba tanpa sebab tertentu
- Kelesuan
- Kehilangan imbangan dan pening
- Perubahan dalam percakapan dan penglihatan
Apakah simptom tumor otak yang berdasarkan lokasi?
Bahagian otak yang berlainan mempunyai pelbagai fungsi. Berikut adalah simptom yang biasa dilihat dalam bahagian otak yang berbeza:
Berfungsi untuk menghasilkan hormon melatonin
Simptom:
- Sakit kepala
- Loya
- Muntah-muntah
- Penglihatan berganda
- Keletihan
- Masalah tidur
- Kesukaran berjalan
Berfungsi untuk mengawal personaliti dan pergerakan
Simptom:
- Lemah pada sebelah bahagian badan
- Kesukaran berjalan
- Masalah percakapan dan penglihatan
- Hilang deria bau
- Perubahan dalam tingkah laku dan personaliti
Menyimpan ingatan dan memproses bunyi
Simptom:
- Kesukaran mendengar
- Hilang ingatan jangka pendek
- Mendengar suara dalam kepala anda
- Kesukaran bertutur
Membantu mengecam objek dan menyimpan maklumat
Simptom:
- Kesukaran bertutur
- Kesukaran memahami
- Kesukaran menulis atau membaca
Memproses apa yang anda lihat
Simptom:
- Perubahan dalam penglihatan
- Kesukaran mengenal pasti saiz dan warna objek
Mengawal postur dan imbangan badan
Simptom:
- Pening
- Masalah koordinasi dan imbangan
- Pergerakan mata tidak terkawal
Menghasilkan hormon bagi fungsi badan
Simptom:
- Ketaksuburan
- Gula darah tinggi (Diabetes Melitus)
- Tekanan darah tinggi (Hipertensi)
- Berat badan naik
- Loya
- Muntah-muntah
- Perubahan emosi
- Payudara melelehkan susu meskipun semasa tidak menyusu anak
Memainkan peranan penting dalam mengawal fungsi badan seperti pernafasan
Simptom:
- Penglihatan berganda
- Kesukaran bercakap dan menelan
- Kesukaran berjalan dan rasa goyah
Saraf tunjang merentang daripada otak kepada pinggang, dan kehadiran tumor pada saraf tunjang boleh menjejaskan bahagian badan yang berbeza.
Simptom:
- Kehilangan kawalan usus dan pundi kencing
- Kekebasan
Apakah faktor-faktor risiko bagi tumor otak?
Meskipun punca bagi kebanyakan tumor otak tidak diketahui, ada faktor tertentu yang boleh menambah risiko untuk mendapat tumor otak.
- Umur: Tumor otak boleh menjejaskan individu dalam semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak, tetapi lebih kerap didapati pada orang tua (85 hingga 89 tahun).
- Radiasi: Sebilangan kecil tumor otak berlaku akibat pendedahan kepada radioterapi, X-ray, atau imbasan CT pada kepala.
- Faktor genetik atau sejarah keluarga: Faktor genetik seperti Neurofibromatosis dan sindrom Turner boleh meningkatkan risiko mendapat tumor otak.
Bagaimanakah tumor otak didiagnosis?
Diagnosis akan dibuat berdasarkan pelbagai siasatan. Doktor akan bertanya tentang kesihatan umum anda dan menjalankan pemeriksaan neurologi untuk memeriksa pendengaran, penglihatan, imbangan, koordinasi dan refleks anda. Ujian darah mungkin diperlukan.
Selain itu, doktor anda mungkin membuat ujian berikut untuk membantu diagnosis.
- Pengimejan resonans magnetik (MRI)
- MRI dilakukan untuk melihat otak secara terperinci, termasuk saiz tumor dan kedudukan tepat secara terperinci. Ujian ini mengambil masa kira-kira 30-60 minit dan tidak menggunakan radiasi berbahaya.
- MRI khusus tertentu (MR angiografi dan MR spektroskopi) boleh digunakan untuk melihat saluran darah dan aktiviti kimia dalam otak.
- Imbasan Tomografi Berkomputer (CT)
- Imbasan CT ditawarkan sebagai alternatif kepada MRI dan digunakan untuk mencari perubahan pada tengkorak.
- Imbasan ini juga boleh digunakan bagi mengesan pendarahan dan pembesaran dalam ruang berisi cecair di dalam otak (ventrikel).
- Pesakit yang tidak boleh melakukan MRI atau mereka yang memakai perentak jantung perlu menjalani imbasan CT.
- Biopsi
- Biopsi boleh dilakukan untuk menentukan sifat kanser (malignan atau benigna).
- Sampel boleh diekstrak semasa pembedahan untuk membuang tumor atau biopsi stereotaktik boleh dilakukan dengan membuat lubang kecil pada tengkorak untuk membuang tisu menggunakan jarum.
- Spinal tap (tusukan lumbar)
- Spinal tap dilakukan untuk mengeluarkan cecair serebrospinal (CSF) dari sekeliling
tulang belakang untuk mengesan sel kanser apabila sel tumor disyaki telah menyerang
meninges.
Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis saringan dan prosedur diagnostik yang dilakukan untuk mendiagnosis tumor otak .
Bagaimanakah tumor otak dirawat?
Rawatan bagi tumor otak bergantung pada:
- Lokasi dan saiz tumor
- Gred dan jenis tumor
- Kesihatan keseluruhan anda
Sebelum rawatan, bincang dengan doktor anda tentang objektif yang ingin dicapai dalam pelan rawatan. Selain itu, anda patut bertanya dengan doktor tentang potensi kesan sampingan daripada pelan rawatan serta pilihan untuk penjagaan paliatif.
- Pembedahan
- Pembedahan adalah salah satu rawatan utama untuk tumor otak.
- Ia dilakukan untuk membuang seluruh tumor atau sebahagian tumor untuk membataskan pertumbuhannya.
- Pembedahan mungkin tidak sesuai jika tumor terletak pada bahagian otak yang tidak boleh dibedah.
- Kemoterapi
- Kemoterapi adalah rawatan kanser yang menggunakan ubat-ubatan poten untuk mematikan sel kanser.
- Kemoterapi boleh dilakukan sebelum pembedahan untuk mengecilkan saiz tumor dan selepas pembedahan untuk mematikan baki sel kanser dan untuk melambatkan kadar penyebaran kanser.
- Kemoterapi boleh diberikan dalam kombinasi dengan terapi sinaran.
- Terapi sinaran (radioterapi)
- Terapi sinaran memusnahkan sel-sel kanser dengan sinaran tenaga tinggi. Biasanya digunakan untuk tumor dan bahagian sekitar tisu otak yang sihat, seluruh otak atau saraf tunjang.
- Pembedahan Radio Pisau Gamma ialah satu bentuk terapi sinaran yang menggunakan 192 pancaran sinaran laser yang tepat untuk menyasarkan tumor. Teknik ini juga bertindak sebagai terapi alternatif bagi kemoterapi, pembedahan atau rawatan onkologi radiasi yang lain. Boleh digunakan untuk merawat tumor otak yang telah merebak kepada otak, juga untuk merawat tumor otak benigna dan malignan.
- Penjagaan paliatif
- Penjagaan paliatif akan dipertimbangkan dalam situasi apabila rawatan tidak
disyorkan
atau kanser tidak dapat dirawat sepenuhnya. Usaha akan dibuat untuk memaksimumkan
kualiti hidup pesakit dengan mengurangkan tanda dan simptom kanser.
Ketahui lebih lanjut tentang pelbagai jenis teknologi rawatan untuk merawat tumor otak.
Apakah prognosis bagi tumor otak?
Prognosis bererti ramalan penyembuhan sesuatu penyakit. Prognosis bagi tumor otak ditentukan oleh jenis dan peringkat kanser, selain umur dan kesihatan menyeluruh pesakit pada waktu didiagnosis.
Buat tempahan janji temu di Hospital Pantai
Pengesanan awal tumor otak akan memudahkannya dirawat dengan rawatan yang berkesan dan sesuai. Pasukan ahli onkologi yang berdedikasi di Hospital Pantai sedia memberikan rundingan dan menyediakan pesakit dengan penjagaan dan bantuan terbaik dalam menyaring, mendiagnosis dan merawat kanser.
Hubungi kami untuk membuat janji temu hari ini jika anda mempunyai sebarang faktor risiko dan simptom di atas, atau apa-apa kebimbangan atau soalan tentang rawatan kanser.
Hospital Pantai telah diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.
Rujukan
- Meninjau Tumor Otak (9 Januari 2019) Tersedia di https://www.health.harvard.edu/a_to_z/brain-tumor-overview-a-to-z [Accessed 5 March 2022]
- Rawatan Tumor Otak, Tersedia di https://www.umms.org/umgccc/cancer-services/cancer-types/brain-tumor/treatment [Accessed 5 March 2022]
- James H Park, Adrian Lopez Garcia de Lomana, Diego M Marzese, Tiffany Juarez, Abdullah Feroze, Parvinder Hothi, Charles Cobbs, Anoop P Patel, Santosh Kesari, Ui Huang, Nitin S Baliga (24 Jun 2021). Pendekatan Sistematik bagi Rawatan Tumor Otak, Tersedia di https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/34202449/ [Accessed 5 March 2022]
- Nicholas A Butowski. (21 April 2015). Epidemiologi dan diagnosis tumor otak, Tersedia di https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25837897/ [Accessed 5 March 2022]
- Kenneth Aldape, Kevin M. Brindle, Louis Chesler, Rajesh Chopra, Amar Gajjar, Mark R. Gilbert, Nicholas Gottardo, David H. Gutmann, Darren Hargrave, Eric C. Holland, David T. W. Jones, Johanna A. Joyce, Pamela Kearns, Mark W. Kieran, Ingo K. Mellinghoff, Melinda Merchant, Stefan M. Pfister, Steven M. Pollard, Vijay Ramaswamy, Jeremy N. Rich, Giles W. Robinson, David H. Rowitch, John H. Sampson, Michael D. Taylor, Paul Workman dan Richard J. Gilbertson (16 Ogos 2019) Cabaran dalam merawat tumor otak primer, Tersedia di https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6650350/ [Accessed 5 March 2022]
- Penyelidikan Kanser UK. Tumor otak. Tersedia di https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/brain-tumours/symptoms [Accessed 20 June 2022]