Displasia perkembangan pinggul (DDH) berlaku apabila sendi pinggul bayi dan anak kecil menjadi longgar atau tidak stabil kerana perkembangan sendi pinggul yang tidak normal. Ini berlaku apabila "bebola" sendi pinggul tidak muat di dalam "soket" dengan betul.
Sendi pinggul yang normal merangkumi kepala tulang femur, yang terletak kukuh dalam asetabulum, iaitu struktur berbentuk cawan di dalam pelvis. Ini membentuk sendi bebola dan soket, yang distabilkan oleh ligamen sekeliling dan kapsul sendi itu.
DDH berlaku apabila soket pinggul terlalu cetek untuk menyokong kepala femur, yang membuat sendi pinggul menjadi longgar. Jika ia beralih keluar daripada sendi, ini dinamakan dislokasi.
Bayi yang dilahirkan dengan DDH biasanya tidak mengalami atau menunjukkan kesakitan. Kadang-kadang, simptom-simptom DDH mungkin sukar untuk dikenal pasti. Bagaimanapun, jika anak anda mengalami DDH, mereka mungkin menunjukkan simptom-simptom berikut:
Bayi baru lahir:
Untuk kanak-kanak lebih tua:
Meskipun punca sebenar DDH belum diketahui, faktor-faktor risiko berkaitan dengan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat DDH termasuk.
Sendi pinggul bayi anda akan diperiksa secara fizikal dengan berhati-hati dalam masa 72 selepas dilahirkan dan sekali lagi pada umur 6 hingga 8 minggu.
Ini termasuk mengubah suai sendi pinggul perlahan-lahan untuk mengenal pasti isu-isu berpotensi sambil memastikan keselesaan bayi semasa proses ini. Jika doktor mengesan kelonggaran pada pinggul bayi anda semasa pemeriksaan ini, imbasan ultrabunyi mungkin disarankan pada umur 4 hingga 6 minggu, untuk menilaikan keadaan ini selanjutnya.
Jika pinggul bayi disyaki tidak stabil berdasarkan pemeriksaan klinikal, doktor mungkin meminta ultrabunyi dilakukan untuk menilaikan sendi pinggul secara menyeluruh bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan.
Bagi kanak-kanak yang lebih tua, X-ray pinggul adalah lebih baik untuk mendiagnosis DDH.
Rawatan bagi Displasia Perkembangan Pinggul (DDH) pada bayi bergantung pada umur mereka.
Bayi yang didiagnosis dan dirawat dalam 6 bulan pertama umumnya akan mendapat hasil yang baik. Jika DDH didiagnosis kemudian dalam kanak-kanak atau ia tidak diuruskan dengan berkesan, kanak-kanak mungkin mengalami sakit sendi pinggul atau kerosakan kekal apabila bertambah tua.
Pengesanan awal DDH adalah penting untuk rawatan yang berkesan. Pastikan pinggul bayi anda diperiksa secara tetap dan segera dapatkan bantuan jika anda perhatikan sebarang tanda displasia perkembangan pinggul.
Pasukan pakar Pediatrik yang berdedikasi di Hospital Pantai sedia untuk berunding dan menyediakan penjagaan serta bantuan pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang terbaik.
Hubungi kami untuk mengaturkan janji temu hari ini jika anda mempunyai sebarang kebimbangan atau pertanyaan mengenai displasia perkembangan pinggul (DDH).
Hospital Pantai telah diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.