Cari maklumat tentang kemasukan, kebenaran keluar, apa yang perlu dibawa untuk pendaftaran kemasukan,
waktu melawat, dan nasihat susulan.
Kemasukan
Untuk kemasukan pesakit dalam dan pembedahan harian, sila buat pertanyaan di kaunter penyambut
tetamu kami di lobi hospital utama, tingkat bawah
Waktu kemasukan: 24 jam.
Pesakit perlu membayar deposit selepas membuat pendaftaran.
Deposit akan digunakan untuk menyeimbangkan bil akhir dan sebarang baki tertinggal akan dipulangkan
dengan cek dalam masa 7 hari selepas tarikh dibenarkan keluar/surat jaminan akhir diterima.
Sila Bawa:
Kad pengenalan/pasport/sijil kelahiran. Sila ambil maklum kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/waris
terdekat mungkin turut diperlukan juga
Kad faedah perubatan atau surat jaminan daripada penyedia insuran/majikan anda (hanya tertakluk
kepada syarikat yang sudah mempunyai persetujuan kredit dengan pihak hospital)
Barangan Peribadi
Anda dinasihatkan membawa barangan peribadi seperti baju tidur dan alatan mandi kerana hospital
tidak menyediakan barangan tersebut
Anda dinasihatkan tidak menyimpan jumlah wang yang banyak, barang kemas, dan barangan berharga lain
sewaktu tempoh anda berada dalam hospital
Pihak hospital takkan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan apa-apa barang
Thank you for the enquiry. Your enquiry has been submitted.
Your submission fail. Please contact web administrator.
* Dengan menyerahkan borang di atas, anda bersetuju menerima terma penggunaan, dan dasar privasi Pantai Hospital dan berkaitan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda yang diberikan di atas untuk memproses tindakan susulan untuk menyediakan pengalaman pesakit yang lancar.
Why not book your appointment through the MyHealth360 app?
Download the app now for easy access to quality care anytime, anywhere.