Perkhidmatan Dietetik: Runding dengan Pakar Dietetik Kami

Pakar pemakanan klinikal kami bekerjasama rapat dalam satu pasukan pelbagai disiplin yang terdiri daripada doktor dan kakitangan sokongan seperti jururawat, ahli farmasi dan ahli fisioterapi bagi menyediakan jagaan menyeluruh bagi pesakit.

Makanan yang kami hidangkan telah melalui proses yang ketat untuk memastikan kandungan lemak, garam dan gulanya rendah supaya ia dapat memenuhi keperluan zat bagi keadaan perubatan setiap pesakit serta menepati saranan doktor. Pakar pemakanan kami boleh menyediakan atur cara pemakanan yang disuai khusus dan memberi kaunseling kepada pesakit untuk membantu mereka dalam pemulihan.

Pakar pemakanan klinikal kami boleh membuat penilaian zat, dan menyarankan cara pemakanan khas berdasarkan ukuran dan diagnosis. Pesakit diberi pemakanan biasa atau terapeutik (bertujuan merawat) sebagaimana yang perlu, dan suapan dengan tiub dan pemakanan parenteral (dihantar terus menerusi vena) boleh dilakukan.


Khidmat Runding Pemakanan

  • Pengurusan berat badan dan komposisi badan
  • Penurunan atau peningkatan berat badan, gangguan pemakanan, gaya hidup sihat
  • Penyakit yang berlarutan
  • Penyakit jantung, strok (termasuk pesakit dengan suapan menerusi hidung dan gaster/ hidung dan jejunum/ hidung dan pangkal usus kecil, suapan PEG/PEJ & pemakanan untuk kesukaran menelan), kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang yang berlarutan (tahap 1-5)
  • Kesejahteraan wanita
  • Penyakit diabetes melitus (kencing manis) sewaktu kehamilan, sindrom sista ovari berbilang, putus haid, osteoporosis
  • Kehamilan & penyusuan
  • Zat untuk bayi dan kanak-kanak
  • Masalah kegemukan di dalam kalangan kanak-kanak, kerencatan pertumbuhan, cerewet makan
  • Alahan/ Gangguan GI gastrousus
  • Alahan terhadap makanan/ ketidakupayaan mengambil sesuatu makanan, penyakit seliak, sindrom usus rengsa, penyakit usus rengsa, penyakit Crohn, radang divertikulum/ divertikulosis, sembelit/ cirit-birit

Waktu Beroperasi

  • Isnin hingga Jumaat: 9am – 5.30pm
  • Sabtu: 9am – 1pm

Hubungi Kami

  • Tel: +603-4289 2897

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Lihat Lagi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!