Panduan Lawatan dan Kemudahan

Jika ahli keluarga anda atau rakan anda ialah pesakit di Hospital Pantai Ampang, sila guna maklumat di bawah untuk membantu anda merancang perjalanan anda. Kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang tertumpu pada pesakit serta keluarga kepada anda serta orang tersayang anda.

Kami ingin memohon para pesakit serta sanak-saudara mereka agar menghormati pesakit dan pelawat lain serta kakitangan hospital. Demi keselamatan semua, semua pelawat mesti mematuhi garis panduan berikut.

Waktu Melawat

  • Waktu melawat am: 8 pagi – 9 petang
  •  Maksimum 2 pelawat dibenarkan pada satu-satu masa
  •  Kanak-kanak bawah usia 12 tahun tidak digalakkan untuk datang melawat
  • Waktu melawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Unit Rawatan Separa Rapi (HDU): 11 pagi ke - 2 petang dan 6 petang – 9 malam setiap hari

Waktu Lawatan Di Luar Waktu Dibenarkan

  • Lawatan di luar waktu yang dibenarkan tidak digalakkan, tetapi boleh dibenarkan bergantung pada keadaan pesakit dan kebenaran daripada pengurus jururawat setiap unit/wad
  •  Pendaftaran dengan pegawai keselamatan bertugas diwajibkan
  •  Lawatan dihadkan selama maksimum 20 minit sahaja
  •  Hospital berhak untuk tidak membenarkan lawatan

Tempat Letak Kereta

  •  Buka 24 jam setiap hari

Kafeteria

  •  Lobi, tingkat bawah

Kedai Bunga dan Kedai Cenderahati

  •  Lobi, tingkat bawah
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!