Di Pantai Hospital Ampang, kami percaya bahawa setiap pesakit berhak mendapat amalan dan penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi.
Kecemerlangan klinikal, perkhidmatan dan operasi adalah asas kepada kepuasan pesakit kami.
Kami menzahirkan komitmen kami terhadap kecemerlangan dengan sentiasa berpegang kepada visi dan misi kami.
Risalah ini mengandungi maklumat tentang hak dan tanggungjawab anda sebagai pesakit di hospital ini bagi memastikan penjagaan diberikan secara berkesan dan efisien.
Visi Kami
Menjadi penyedia penjagaan kesihatan yang paling dipercayai dan mesra di Malaysia.
Misi Kami
Memberikan penjagaan terbaik kepada pesakit kami dengan tenaga kerja yang sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan klinikal, operasi dan perkhidmatan.
Sebagai pesakit di Pantai Hospital Ampang, anda berhak untuk:
Rawatan dan Penjagaan
Memilih penyedia penjagaan kesihatan anda, jika boleh.
Menerima penjelasan mengenai keadaan anda dan anggaran kos rawatan.
Mendapat penerangan mengenai ujian diagnostik yang dicadangkan dan maksud keputusannya.
Mendapat maklumat mencukupi untuk memberi persetujuan terhadap rawatan.
Diberi maklumat mengenai status kesihatan dan kemajuan anda.
Mendapat penjelasan tentang ubat yang diberikan.
Penglibatan dalam Keputusan Rawatan
Memberi persetujuan termaklum sebelum sebarang prosedur dijalankan.
Mendapat pendapat kedua atau rawatan alternatif.
Melibatkan ahli keluarga atau individu yang anda lantik dalam pelan rawatan.
Menerima atau menolak rawatan setelah maklumat mencukupi diberi.
Mengetahui nama dan peranan penyedia penjagaan kesihatan anda.
Memohon bantuan keagamaan atau khidmat penterjemah jika perlu.
Mendapat penjelasan mengenai preskripsi ubat.
Menolak rawatan dan keluar hospital atas risiko sendiri.
Penjagaan Bermaruah
Maklumat anda adalah sulit dan tidak akan dikongsi di luar rawatan anda.
Dilayan dengan hormat, maruah dan tanpa prejudis.
Berada dalam persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif.
Menyuarakan aduan anda.
Mendapat nasihat, kaunseling dan pendidikan tentang penjagaan diri.
Laporan Perubatan dan Bil
Memohon salinan keputusan ujian.
Mendapat laporan perubatan dalam tempoh munasabah setelah membayar yuran yang berpatutan.
Mendapat anggaran bil semasa kemasukan.
Menerima kemas kini status bil secara berkala.
Menerima bil terperinci semasa keluar hospital.
Derma Organ
Memohon maklumat lanjut mengenai pendermaan organ.
Mendaftar sebagai penderma organ.
Sebagai pesakit, anda bertanggungjawab untuk:
Bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan.
Memberi maklumat kesihatan yang lengkap dan tepat.
Memastikan anda memahami penjelasan daripada doktor dan kakitangan kesihatan.
Bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat oleh diri sendiri.
Menyelesaikan semua bayaran dalam tempoh ditetapkan.
Hadir ke temu janji dan memaklumkan jika tidak dapat hadir.
Mematuhi peraturan hospital.
Menjaga tingkah laku yang baik dan menghormati pesakit lain.
Mematuhi langkah pencegahan yang ditetapkan oleh undang-undang Malaysia.
Prosedur Aduan Pelanggan
Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan, anda boleh membuat aduan melalui:
Kod QR maklum balas di seluruh hospital
Maklum balas secara lisan kepada kakitangan kami
Halaman rasmi Facebook, Instagram, Google atau LinkedIn Pantai Hospital Ampang
Thank you for the enquiry. Your enquiry has been submitted.
Your submission fail. Please contact web administrator.
* Dengan menyerahkan borang di atas, anda bersetuju menerima terma penggunaan, dan dasar privasi Pantai Hospital dan berkaitan dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda yang diberikan di atas untuk memproses tindakan susulan untuk menyediakan pengalaman pesakit yang lancar.
Why not book your appointment through the MyHealth360 app?
Download the app now for easy access to quality care anytime, anywhere.