Hospital Pantai Ampang menawarkan pelbagai khidmat rundingan, penjagaan kesihatan, dan rawatan pesakit luar oleh doktor pakar dan subpakar. Sila kunjungi kaunter pelanggan di bangunan pejabat perubatan kami untuk pertanyaan berkaitan khidmat perubatan dan khidmat hospital, membuat janji temu di klinik pilihan anda, atau menjalani ujian dan prosedur selepas rundingan bersama doktor anda.