Ditubuhkan pada 1981, Pantai Hospital Klang antar pusat kesihatan swasta yang terawal di Klang yang beroperasi lebih 40 tahun. Ia adalah salah satu daripada 16 hospital yang dikendalikan oleh IHH Healthcare Berhad di Malaysia.
Dengan 107 katil dan lebih 50 pakar, bersama dengan Pegawai Perubatan yang terlatih, jururawat berkelayakan, dan penjagaan kesihatan yang profesional, Pantai Hospital Klang menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan berpatutan kepada masyarakat di Klang dan kawasan berhampiran. Jabatan Kemalangan dan Kecemasan hospital yang beroperasi 24/7 memastikan bantuan yang cepat untuk pesakit yang memerlukan rawatan perubatan segera. Pantai Hospital Klang menerima akreditasi piawaian dari Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) edisi ke-6.