Hospital Pantai Klang menawarkan pilihan bilik dan perkhidmatan dengan jagaan peribadi yang berkualiti tinggi. Segala usaha akan dibuat supaya dapat memenuhi permintaan pesakit untuk bilik yang mereka inginkan. Namun, disebabkan oleh ketidaktentuan waktu pesakit keluar dari hospital dan kemasukan kecemasan, permintaan anda untuk bilik yang tertentu kadang kala tidak dapat dipenuhi. Dalam keadaan ini, kami akan aturkan pemindahan sebaik sahaja jenis bilik yang anda inginkan sudah dikosongkan.

Nutrisi merupakan sebahagian yang penting dalam proses pemulihan dan kami ingin membantu semua pesakit kami agar dapat sembuh dengan pantas dan tanpa masalah. Doktor akan memberi nasihat berkenaan pemakanan yang sesuai untuk membantu dalam pemulihan anda. Pesakit boleh memilih daripada menu hidangan yang sihat dan sedap dalam keselesaan bilik mereka. Ini termasuk juga pilihan bagi pesakit yang menghadapi kekangan pemakanan, dan juga untuk mereka yang mengambil pemakanan cecair. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang pemakanan atau nutrisi anda, jururawat anda boleh mengaturkan sesi rundingan dengan pakar pemakanan.

Jenis BilikHarga untuk Sehari
Suite Orkid (Bilik VIP) RM518.00
Bilik Deluxe RM318.00
Bilik Perseorangan RM238.00
Bilik 2 katil RM148.00
Bilik 4 katil RM98.00
Unit Rawatan Rapi (ICU) RM388.00
Bilik Pengasingan RM288.00
Bilik Harian RM78.00
Bilik Jagaan Bayi RM48.00

To make an appointment, please contact:

04-6396548 ( wellness centre)
Or email: [email protected]

Pakej & Promosi

Lihat Lagi

Our Specialists

Load More
Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!