Apa itu Spondilitis mengankilosis (AS)?

Spondilitis mengankilosis (AS) merupakan sejenis artritis yang menyebabkan keradangan pada tulang belakang dan bahagian lain pada badan anda.

Biasanya, sendi dan ligamen tulang belakang membolehkan kita bergerak dan membengkokkan tubuh. Lama kelamaan, spondilitis mengankilosis boleh menyebabkan kaku akibat keradangan pada sendi dan tisu tulang belakang.

Dalam kes yang teruk, keadaan ini boleh membawa kepada gabungan vertebra (tulang belakang). Gabungan vertebra boleh mengakibatkan tulang belakang yang keras dan tidak fleksibel.


Apakah simptom spondilitis mengankilosis?

Simptomnya berbeza antara individu dan berkembang secara beransur-ansur selama beberapa bulan atau tahun. Simptom termasuk:

  • Sakit pinggang
    • Berlaku secara perlahan-lahan
    • Lebih teruk pada waktu pagi (selepas rehat)
    • Semakin baik selepas melakukan aktiviti
    • Berterusan lebih dari 3 bulan
    • Dikaitkan dengan kaku pada waktu pagi
  • Artritis (keradangan sendi)
  • Lesu
  • Sakit pinggul, tumit dan bahu

Apakah faktor risiko untuk spondilitis mengankilosis?

Faktor risiko untuk spondilitis mengankilosis termasuk:

  • Genetik: Gen HLA-B27
  • Sejarah keluarga: Anda berkemungkinan tiga kali ganda untuk menghidap spondilitis mengankilosis jika terdapat saudara terdekat seperti ibu bapa atau adik beradik yang mengalami keadaan ini.
  • Merokok

Bagaimana diagnosis spondilitis mengankilosis dibuat?

Doktor anda akan terlebih dahulu mempersoalkan kesihatan dan simptom umum anda sebelum menjalankan pemeriksaan fizikal yang menyeluruh. Diagnosis dibuat berdasarkan simptom yang anda laporkan, pemeriksaan fizikal dan siasatan.

Diagnosis spondilitis mengankilosis mungkin mencabar apabila keadaan itu berkembang secara beransur-ansur, dan tiada ujian konklusif untuk mengesahkan diagnosis.

  • Ujian darah: Untuk memeriksa tanda-tanda keradangan. Apabila keradangan hadir, kadar endapan eritrosit (ESR) meningkat.
  • X-ray: Tanda-tanda biasa spondilitis mengankilosis lanjutan termasuk kerosakan pada sendi di pangkal tulang belakang anda (sendi sakroilium) dan pembentukan tulang baru di antara vertebra (tulang belakang) yang boleh dilihat pada x-ray belakang bawah badan.
  • Pengimejan resonans magnetik (MRI): MRI boleh menyerlahkan perubahan pada sendi sakroilium yang tidak jelas dalam x-ray.
  • Ujian genetik: Kebanyakan individu dengan spondilitis mengankilosis membawa gen HLA-B27 walaupun tidak semua mereka yang mempunyai HLA-B27 menghidap penyakit ini.

Bagaimana spondilitis mengankilosis dirawat?

Rawatan anda akan bergantung pada simptom dan keterukan keadaan anda. Rawatan bertujuan untuk melegakan simptom, membolehkan anda menjalankan aktiviti biasa dan mencegah komplikasi lanjut.

  • Fisioterapi dan senaman
    • Menjadi aktif secara fizikal boleh memperbaiki postur dan julat pergerakan tulang belakang anda serta mengelakkan tulang belakang anda daripada menjadi kaku dan sakit.
    • Selain senaman, fisioterapi adalah penting untuk merawat spondilitis mengankilosis. Ahli fisioterapi boleh mengesyorkan program senaman yang paling berkesan yang sesuai dengan keperluan anda.
  • Ubat
    • Ubat antiradang bukan steroid (NSAID) diberikan untuk melegakan kesakitan sendi dan keradangan.
    • Doktor anda mungkin mengesyorkan suntikan steroid jika kawasan tertentu menyebabkan sakit yang teruk.
    • Terapi faktor nekrosis antitumor (anti-TNF) mungkin disyorkan jika gejala anda masih tidak terkawal walaupun selepas mengambil NSAID dan senaman.
    • Ubat anti-reumatik pengubahsuai penyakit (DMARD) seperti sulfasalazine dan methotrexate digunakan untuk meredakan keradangan dan mengawal penyakit.
  • Pembedahan
    • Kebanyakan pesakit dengan keadaan ini tidak memerlukan pembedahan. Walau bagaimanapun, pembedahan penggantian sendi mungkin diperlukan jika sendi rosak teruk. Contohnya, penggantian pinggul total (artroplasti) atau pembedahan tulang belakang.

Apakah komplikasi spondilitis mengankilosis?

Komplikasi spondilitis mengankilosis termasuk:

  • Mengurangkan fleksibiliti: Apondilitis mengankilosis biasanya memberikan kesan kepada bahagian bawah belakang disebabkan oleh penggabungan tulang. Keadaan ini menyukarkan anda untuk menggerakkan belakang badan anda yang menyebabkan postur anda mengeras.
  • Kerosakan sendi
  • Iritis: Bahagian depan mata menjadi merah dan bengkak. Ini menyebabkan mata anda menjadi merah, sensitif kepada cahaya (fotofobia) dan menyakitkan. Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mengalami iritis, kerana ia boleh menyebabkan kehilangan penglihatan penuh atau separa jika tidak dirawat dengan segera.
  • Fraktur spina dan kecederaan saraf tunjang
  • Penyakit injap jantung

Apondilitis mengankilosis vs Artritis Reumatoid

Apondilitis mengankilosis kebanyakannya menjejaskan tulang belakang dan sendi sakroilium, manakala artritis reumatoid biasanya menjejaskan sendi di bahagian kaki, seperti tangan dan pergelangan tangan.


Buat tempahan janji temu di Hospital Pantai

Bercakap dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang spondilitis mengankilosis. Pengesanan awal akan memudahkannya untuk dirawat dengan rawatan yang berkesan dan sesuai. Pasukan Pakar Ortopedik yang berdedikasi dan pakar di Hospital Pantai bersedia untuk berunding bagi memberikan penjagaan dan bantuan yang terbaik.

Hubungi kami untuk menempah janji temu anda hari ini jika anda bimbang atau ada pertanyaan berkenaan Spondilitis Mengankilosis. Kami menjamin penjagaan yang terbaik untuk keperluan spesifik anda.

Hospital Pantai telah diakreditasi oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) atas komitmennya terhadap keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan.

Loading...
Thank you for your patience
Click to know more!